Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

“Dok Seke, PM Belanja...

KUALA NERUS - “Dok seke (tak sangka) hari ni PM (Perdana Menteri) belanja...

Warga KKM Korban Ke-35...

SEORANG pembantu tadbir Kementerian Kesihatan (KKM) menjadi korban ke-35, mangsa terbaharu wabak koronavirus...

Lelaki Didenda Kerana Sembunyi...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini...

Pelaku Tinggal ‘Nota Biadap’...

SUDAHLAH melanggar kereta ketika tiada pemandu di dalamnya, ditinggalkan pula sekeping nota yang memuatkan...

Polis Terengganu Kesan Peningkatan Kes Penipuan

KUALA TERENGGANU – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Terengganu mengesan peningkatan kes penipuan di negeri ini termasuk yang melibatkan pelaburan, pinjaman dan pembelian barangan secara online.

Ketuanya, Supt Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata peningkatan kes penipuan agak membimbangkan dan hampir 90 peratus kes siasatan menjurus ke arah jenayah berkenaan.

Katanya antara kes penipuan pelaburan melibatkan penawaran modal sebanyak RM3,000 dengan janji pulangan balik RM6,000 selama tiga bulan namun akhirnya mangsa tertipu.

“Perangkaan Jabatan ini menunjukkan sepanjang tahun 2015 terdapat lapan kes dilaporkan berbanding 16 kes pada 2016 manakala dari segi kerugian pula pada 2015 sebanyak RM690,100 dilaporkan berbanding RM1,611,268 pada 2016 – peningkatan sebanyak RM921,168.

“Mereka mengambil peluang ini berdasarkan kepada situasi ekonomi negara dan keperluan masyarakat terhadap wang yang semakin terdesak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Azhar berkata terdapat juga penipuan melibatkan kes tipu batu permata, khidmat bomoh dan jual beli tanah.


Tambahnya bagi penipuan siber yang melibatkan pembelian barangan secara online dan ‘parcel scam’, ia juga menunjukkan peningkatan sehingga 2 peratus antara 2015 (142 kes) dan tahun lepas (145 kes), membabitkan kerugian sehingga RM653,187.

“Penjenayah siber mewujudkan sesawang perangkap yang tersendiri bertujuan memperdaya pembeli atau mangsa dengan cara mengiklankan barangan palsu bertujuan mendapat bayaran mudah dari pembeli. Mangsa dalam situasi ini hanya menyedari tertipu setelah gagal menerima barangan sebagaimana dijanjikan.

“Bagi kes melibatkan ‘parcel scam’ pula, masyarakat digesa jangan mudah terpedaya dengan kata-kata cinta serta tawaran yang diberikan suspek sehingga menyebabkan hilang pertimbangan akibat permainan emosi suspek,” katanya. – BERNAMA

Kategori