• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 31 Ahli Sindiket Along Dalam Ops Vulture

oleh AK-47
18/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan 31 individu dipercayai anggota sindiket Along ,terdiri daripada 27 lelaki dan empat wanita dalam operasi Vulture 3/17 (Along) di beberapa negeri semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kesemua suspek yang berumur antara 23 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi serentak di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan.

Polis Tahan 31 Ahli Sindiket Along Dalam Ops Vulture

“Kesemua yang ditahan adalah warganegara Malaysia dan kebanyakan daripada mereka berperanan sebagai pengutip wang pinjaman di negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Pihak polis turut merampas 16 kenderaan pelbagai jenis, 17 telefon bimbit, barang kemas, empat jam tangan berjenama, 38 kad ATM milik peminjam, 14 buku akaun simpanan pelbagai bank dan 10 komputer riba selain menyita dua rumah milik salah seorang anggota sindiket di Nilai, Negeri Sembilan.

Kesemua suspek akan disiasat dibawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. – BERNAMA

Tags: Datuk Acryl Sani Abdullah SaniSindiket Along
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Along Maut Kena Tetak

06/11/2021
0

Seorang lelaki yang dipercayai sebagai along maut selepas ditetak di hadapan sebuah kopitiam di Bandar Baru Bukit Tinggi, Klang, semalam....

4 Anggota Sindiket Along Ditahan Pukul Peminjam

08/11/2018
0

KEPALA BATAS - Empat lelaki disyaki anggota sindiket along ditahan beberapa jam selepas mereka dilaporkan memukul seorang peminjam hingga menyebabkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd