• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas 87kg Daun Ketum Di Pulau Langkawi

oleh Ahmad Albab
04/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Polis melumpuhkan kegiatan pengedaran daun ketum dan ubat batuk secara haram di pulau peranginan itu selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Patani di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Dr Che Ghazali Che Awang berkata hasil tangkapan lelaki berusia 43 tahun itu, polis merampas 87kg daun ketum bernilai RM3,480, 2,537 botol ubat batuk bernilai RM2,933 serta wang tunai RM12,285.

“Ini merupakan rampasan terbesar daun ketum dan ubat batuk di Langkawi tahun ini dan kami berterima kasih kepada masyarakat di Ulu Melaka yang telah memberikan maklumat awal tentang kegiatan ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, ekoran makluman awal penduduk kampung itu, polis menjalankan intipan selama dua minggu sebelum melakukan serbuan dan memberkas suspek berkenaan yang didapati ujian saringan awal positif dadah.

Ghazali berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM4,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Katanya, kejayaan ini merupakan sebahagian daripada pencapaian program Jihad Perangi Dadah yang telah dilancarkan dua tahun lepas.

“Sejak bermulanya program ini, Langkawi telah menunjukkan trend menurun dari segi tangkapan dan rampasan dadah jenis heroin dan ganja,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kawasan Bukit Malut yang sebelum ini dianggap sarang pengedar dan penagih dadah di pulau ini akan diisytiharkan sebagai bebas dari kegiatan itu pada 19 April ini.

“Usaha membasmi kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan ini merupakan salah satu daripada KPI (Indeks Prestasi Utama) yang telah kami tetapkan semasa pelancaran Jihad Perangi Dadah sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: ketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

14/10/2025
0

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring,...

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd