• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kecewa, Remaja Ulangi Berbasikal Lewat Malam

oleh
02/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh hari ini meluahkan kekecewaannya atas kedegilan sekumpulan remaja yang mengulangi kegiatan berbasikal lewat malam di lokasi sama yang meragut lapan nyawa 18 Februari lalu.

Luahannya itu susulan penahanan 22 remaja berusia antara 14 dan 17 tahun yang didapati berkumpul dan berlumba basikal di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, awal pagi tadi.

Menyifatkan nasihat polis sebelum ini ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’, Sulaiman berkata sebahagian daripada yang ditahan itu juga adalah saksi kemalangan ngeri tersebut.

“Kesemua mereka ditahan ketika anggota kita sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan pada pukul 3 pagi semalam.

“Mereka ini didapati bergerak dalam kumpulan seramai 30 hingga 40 orang dan sedang berlumba di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini.

Sulaiman yang jelas kecewa dengan perbuatan kumpulan remaja terbabit turut mengeluarkan amaran untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang berkenaan.

“Mereka boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun,” katanya.

Beliau berkata polis tidak teragak-agak berbuat demikian jika keadaan mendesak kerana isu itu tidak boleh diserahkan kepada polis semata-mata.

Mengenai kumpulan remaja yang ditahan, Sulaiman berkata mereka merangkumi 20 remaja lelaki dan dua perempuan dengan 14 daripada mereka adalah penunggang basikal manakala baki merupakan penonton.

“Hasil siasatan mendapati 15 remaja yang ditahan merupakan pelajar sekolah dan tujuh daripadanya tidak lagi bersekolah.

“Mereka ini berhubung menggunakan media sosial dan datang dari serata kawasan termasuk Desa Cemerlang, Seri Alam, Kempas, Skudai, Johor Bahru Utara, Kangkar Pulai, Iskandar Puteri dan Taman Daya Johor Bahru,” kata Sulaiman.

Beliau turut mendedahkan sepanjang tahun lalu pihaknya menjalankan 28 operasi dan menahan 27 remaja penunggang basikal.

Selain itu, lima operasi dijalankan dengan 17 penunggang basikal ditahan sebelum kejadian yang meragut lapan nyawa tersebut, katanya.

Tangkapan dan sitaan basikal itu dibuat menurut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut dijalankan di bawah peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalulintas 1959 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000 dan penjara tidak lebih enam bulan, jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian 3 pagi, 18 Februari lalu, lapan remaja maut dan lapan lagi cedera dengan dua daripada mereka kritikal selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita. – BERNAMA

Tags: Bangsa JohorBerbasikalPolis Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Sindir Azmin Kami Tok Lebai ‘Legislator’

Next Post

Gagal Lapor Jenayah Seksual Kanak-Kanak Juga Dihukum

Related Posts

Polis siasat rakaman video ugut polis dalam ceramah politik

28/02/2022
0

BATU PAHAT: Polis Johor mengesahkan pihaknya kini menyiasat satu rakaman video ceramah parti politik yang tular di media sosial, memaparkan...

Palsu Dokumen Babitkan TMJ: Dua Beranak Diburu

21/10/2021
0

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang memburu dua beranak susulan dipercayai berkaitan dengan pemalsuan dokumen membabitkan Tunku Mahkota Johor, Tunku...

Next Post

Gagal Lapor Jenayah Seksual Kanak-Kanak Juga Dihukum

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd