• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Gagalkan Cubaan 2 Lelaki Pecah Masuk Kedai

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Cubaan dua lelaki untuk memecah masuk sebuah kedai di Jalan Camar, Taman Perling di sini awal hari ini gagal apabila tindakan mereka disedari anggota polis yang sedang melakukan rondaan kawalan jenayah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 pagi dan kedua-dua lelaki berumur 28 dan 18 tahun itu cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Terdahulu, anggota polis terserempak dengan kedua-dua suspek yang dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak mengekori mereka.

“Dua suspek yang menaiki sebuah motosikal kemudian berhenti di belakang deretan kedai di kawasan berkenaan dipercayai mahu memulakan kegiatan jenayah mereka.

“Mereka kemudian mengeluarkan beberapa peralatan dan cuba mengumpil pintu belakang salah sebuah kedai tetapi tidak menyedari tindakan itu sedang diperhatikan anggota polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Taib berkata, sejurus menyedari kehadiran polis, kedua-dua suspek kemudiannya cuba melarikan diri, namun, tindakan pantas polis berjaya memberkas mereka.

Beliau berkata hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua lelaki itu menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah terbabit termasuk dua pemutar skru diubah suai dan dua alat pemotong dawai.

Katanya, semakan mendapati motosikal yang digunakan mereka menggunakan nombor pendaftaran palsu dan motosikal tersebut juga merupakan kenderaan yang pernah dilaporkan hilang.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua mereka negatif dadah.

“Mereka akan disiasat lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 28 (i)(ii) Akta Kesalahan Kecil 1965,” katanya. – BERNAMA

Tags: pecah masuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Dua Lelaki, Dua Wanita Disyaki Pecah Rumah Ditahan

Dua Lelaki, Dua Wanita Disyaki Pecah Rumah Ditahan

06/10/2024
0

Iskandar Puteri : Empat kenalan termasuk dua wanita ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di Tanjung Kupang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd