• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pocket Rocketman’ Juara Dunia Di Hong Kong

oleh AK-47
15/04/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAGUH berbasikal negara, Azizulhasni Awang mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menamatkan penantian Malaysia merangkul pingat emas pertama negara acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong hari ini.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ menghadapi tentangan sengit daripada lima pelumba lain sebelum mencecah garisan penamat untuk meraih pingat emas dalam perlumbaan yang diadakan di Hong Kong Velodrome Park.

Pelumba Colombia Fabian Hernando Puerta Zapata memenangi perak manakala gangsa milik pelumba Tomas Babek dari Republik Czech, menurut laman web kejohanan itu; www.trackworldchamp.hk.

Sumber Foto: Facebook Azizulhasni Awang

Untuk rekod, Mohd Azizulhasni hanya berjaya memperoleh pingat perak pada 2010 di Denmark selain memenangi pingat gangsa, dua kali – di Perancis pada 2015 dan 2016 di United Kingdom dalam acara keirin.

Pelumba kelahiran Terengganu itu juga memenangi pingat perak dalam acara pecut pada 2009 di Poland.

Terdahulu, seorang lagi pelumba Malaysia Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang pertama kali bersaing di kejohanan dunia, gagal mara ke pusingan kedua selepas menamatkan kedudukan di tempat kedua dalam perlumbaan repechage pertama, di belakang pelumba Jerman, Joachim Eilers.

Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus akan memberi tumpuan acara pecut individu, yang berlangsung Sabtu ini. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni AwangKejohanan Trek Dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd