• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Tinjau Pembangunan Pangkalan Udara Sendayan

oleh Ahmad Albab
13/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di tapak pembangunan Pangkalan Udara Sendayan, di sini, hari ini bagi meninjau secara dekat perkembangan dan kemajuan terkini pembinaan pangkalan udara itu, yang dijangka siap sepenuhnya pada 31 Disember ini.

Najib, yang tiba pada pukul 9.15 pagi dengan menaiki helikopter, disambut oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.

Dalam lawatan singkat itu, Najib dijadual mendengar taklimat mengenai pembangunan Markas Pendidikan dan Latihan Udara (MPLU).

Dalam lawatan itu, Najib dijadual mengumumkan nama pangkalan udara itu di MPLU diikuti dengan sesi meninjau kemudahan dan infrastruktur yang dibangunkan di kawasan berkeluasan 303.5 hektar, yang menempatkan kompleks sukan, padang golf (9 lubang), kemudahan ekuestrian, kolam renang, pusat Islam dan kompleks kediaman.

Berbanding Pangkalan Udara Kuala Lumpur yang hanya mempunyai 250 kuarters kediaman, Pangkalan Udara Sendayan dibina dengan 693 unit kuarters kediaman pelbagai kategori termasuk banglo, berkembar dua dan pangsapuri untuk pegawai dan anggotanya.

Projek membangunkan Pangkalan Udara Sendayan, yang dimulakan pada 2013, dirancang untuk dijadikan pusat latihan iktisas atau profesional bagi melatih pegawai dan anggota dalam bidang logistik, pentadbiran dan pengurusan.

Pangkalan Udara Sendayan juga bakal menjadi pusat latihan profesional terbesar negara untuk pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan akan menghimpunkan kesemua tiga pusat latihan TUDM di Subang dan Kinrara, Selangor dan Pulau Pinang untuk berada di bawah satu bumbung.

Fasiliti itu, yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Seremban, bagaimanapun tidak mempunyai landasan penerbangan kerana ia tidak melibatkan operasi penerbangan.

Pembangunan Pangkalan Udara Sendayan yang berkeluasan tiga kali ganda daripada saiz fasiliti sedia ada, merupakan sebahagian daripada rancangan penyusunan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, yang akan dibangunkan menjadi Bandar Malaysia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakTUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd