• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLUS Cipta Rekod Tiada Lagi Plaza Tol Tunai

oleh
27/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melakar sejarah apabila berjaya melaksanakan urus niaga bebas tunai di semua 94 plaza tol semua lebuh raya kendaliannya bermula hari ini.

Ia menyaksikan pelaksanaan fasa terakhir inisiatif transaksi 100 peratus elektronik yang melibatkan laluan Juru-Skudai dilakukan bermula tepat pukul 12 tengah hari Rabu.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, dengan pelaksanaan 100 peratus bayaran tol secara elektronik itu, pemandu hanya boleh membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG.

Langkah itu ujarnya bertujuan membantu pengguna melalui plaza tol dengan lebih mudah kerana secara amnya pembayaran tol secara elektronik adalah 300 peratus lebih pantas daripada pembayaran secara manual atau tunai.

“Satu lorong SmartTAG lazimnya berupaya mengendalikan kira-kira 16 buah kenderaan dalam tempoh satu minit atau 1,000 kenderaan setiap jam.

“Satu lorong Touch ‘n Go pula secara purata boleh mengendalikan kira-kira 10 buah kenderaan setiap minit atau sebanyak 600 kenderaan setiap jam

“Manakala bagi lorong tunai, ia hanya mampu mengendalikan tiga buah kenderaan dalam masa satu minit atau 180 transaksi bagi satu jam.

“Pelaksanaan peringkat awal telah dijalankan di plaza tol dan laluan lain di utara dan selatan sejak beberapa tahun lalu dan ia mendapat maklum balas yang positif daripada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya di semua plaza tol PLUS Sungai Besi di sini, hari ini.

Menurut Azman, untuk memudahkan orang ramai, ketika ini terdapat lebih 9,000 lokasi tambah nilai disediakan di seluruh negara yang meliputi mesin ATM, stesen minyak, kedai serbaneka 24 jam, pasar raya dan lain-lain.

“Kad PLUSMiles juga boleh didapati di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS. Lorong jualan dan tambah nilai di plaza tol akan dibuka bagi membantu orang ramai yang tidak mempunyai kad elektronik.

“Orang ramai yang masih belum lagi mempunyai sebarang kad tersebut boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk transaksi tol,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: lebuh rayaPLUSTouch 'n Go
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd