• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Arah PAS Keluar Daripada Kerajaan Selangor?

oleh
29/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Penasihat kerajaan DAP Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mempersilakan PAS agar segera keluar daripada kerajaan Selangor.

Menurut laporan portal tempatan AgendaDaily, langkah tersebut boleh dilaksanakan sekiranya ada keputusan muktamad daripada PAS untuk langsung memutuskan hubungan dengan parti itu di peringkat Selangor.

Menurutnya, PKR tidak akan terkejut, malah akan menghormati keputusan Muktamar PAS tetapi berkata, ia perlu disusuli dengan peletakan jawatan semua ahli PAS yang kini merupakan sebahagian daripada kerajaan Selangor.

“Adalah lebih molek sebarang keputusan dimuktamadkan segera dan tidak dilengahkan jika kepimpinann PAS memang mahu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR secara muktamad, perkara bermaruah dan terhormat.

“Apa yang perlu dibuat sekarang ialah semua ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam pentadbiran kerajaan Selangor kena letak jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan,” kata Saifuddin.

Menurut beliau lagi, adalah tidak masuk akal sekiranya PAS yang sudah pun memutuskan hubungan dengan DAP sebelum ini, namun masih lagi mahu kekal dalam pemerintahan kerajaan Selangor setelah putus pula dengan PKR.

Saifuddin merupakan bekas calon Timbalan Presiden PKR sebelum kalah kepada Mohamed Azmin Ali dalam pemilihan parti itu serta menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat.

Beliau kemudian ‘menyepi’ daripada kegiatan parti tersebut sebelum tiba-tiba diumumkan pula menjadi penasihat strategik kerajaan DAP Pulau Pinang oleh Setiausaha Agungnya yang juga Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Semalam, Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ketika bersidang meluluskan tanpa bahas usul memutuskan tahaluf siyasi, istilah bahasa Arab yang diguna pemimpin PAS bagi merujuk kerjasama politik dengan parti lain.

“Menyedari bahawa PKR telah langgar begitu banyak syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS, maka Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang bersetuju mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan.

“Ia bagaimanapun tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama,” menurut usul dikemukakan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali ketika muktamar di Alor Setar, Kedah pada Khamis.

PKR antaranya dituduh tidak menghormati PAS dalam beberapa isu seperti isu rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai RUU 355.

Usul pemutusan hubungan dengan PKR tersebut hampir pasti diluluskan PAS secara rasmi pada Jumaat. Muktamar terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 itu dihadiri seramai 1,200 perwakilan akan berakhir 1 Mei depan.

Saifuddin dalam pada itu berkata, PKR tidak terkejut sekiranya usul tersebut berjaya diluluskan hari ini, namun kesal dengan tuduhan tidak berasas oleh beberapa perwakilan PAS ketika muktamar terhadap Mohamed Azmin.

PAS ujarnya, masih lagi sebahagian daripada pentadbiran Selangor, walaupun parti itu enggan menyertai Pakatan Harapan yang diketuai DAP, dan juga merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri berkenaan sejak 2008.

Ketika ini terdapat tiga wakil daripada PAS iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi yang dilantik oleh Mohamed Azmin sebagai barisan Exco kerajaan negeri tersebut.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menghadiri Muktamar Pemuda PAS, menegaskan bahawa parti Islam itu tidak pernah berhasrat menyertai kerajaan negeri Selangor melibatkan DAP.

Ia malah menjadi pendirian PAS jika Pakatan Harapan masih menang di Selangor selepas PRU Ke-14. Pada masa ini, PAS ada 13 kerusi di negeri itu selepas dua wakilnya melompat kepada PAN. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd