Tuesday, May 21, 2024

Creating liberating content

Pemergian Peter Velappan Satu...

PETALING JAYA - Beberapa legenda bola sepak kebangsaan melahirkan rasa dukacita atas pemergian...

MT Beri Sokongan Padu...

KUALA LUMPUR -- Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini melahirkan sokongan padu kepada kepimpinan...

PKPB: Kesesakan Teruk Di...

KUALA LUMPUR - Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah...

Polis Tahan Lelaki Muat...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai memuat naik gambar...

Pesaka Harap Semua Sekolah Tubuh Persatuan Silat

MELAKA – Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) berharap semua sekolah menengah dan rendah di seluruh negara menubuhkan persatuan seni silat sebagai aktiviti kokurikulum menjelang 2020.

Presidennya, Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata pada masa ini sebanyak 1,200 sekolah telah menubuhkan persatuan tersebut, manakala kira-kira 9,000 sekolah lagi diharap dapat berbuat demikian menjelang 2020.

Beliau berkata inisiatif itu adalah bagi memastikan seni mempertahankan diri Melayu tersebut terus dimartabat di persada dunia seterusnya menyuburkan kembali warisan Melayu berkenaan.

“Justeru, semua pihak termasuk jabatan pendidikan, sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru perlu berganding bahu memainkan peranan dalam usaha menyokong Program Satu Sekolah Satu Silat yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Satu Sekolah Satu Silat’ peringkat Bukit Katil di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh di sini yang turut dihadiri Pengarah Pendidikan Melaka, Abu Bakar Sahari.

Mohd Ali berkata dengan wujudnya Program Satu Sekolah Satu Silat itu, bidang persilatan di negara ini mampu disemarakkan dan pada masa sama dapat menerapkan ilmu mempertahankan diri kepada golongan pelajar.


“Seni warisan Melayu ini sangat bermanfaat untuk dipelajari oleh masyarakat terutamanya generasi muda kerana secara tidak langsung dapat mendidik setiap individu menjadi lebih berdisiplin.

“Selain itu, apabila pelajar melibatkan diri dengan aktiviti persilatan, kegiatan tidak berfaedah membabitkan masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah mampu dielakkan,” katanya.

Sementara itu, Pesaka yakin mampu memenuhi sasaran lapan daripada 20 pingat emas yang ditawarkan dalam acara silat pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos nanti.

“Pesaka percaya ia mampu dicapai menerusi komitmen dan persediaan rapi yang dilakukan skuad kebangsaan yang dijadual menyertai beberapa kejohanan sebelum menghadapi Sukan SEA nanti,” katanya. – BERNAMA

Kategori