• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persatuan Nelayan Diharap Kuasai 50% Industri Ikan

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) diharap dapat menguasai sekurang-kurangnya 50 peratus daripada hasil industri ikan negara sekali gus menjadi pemain industri yang berpengaruh menjelang 2020.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sehubungan itu, Nekmat dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) perlu bekerjasama dalam mempertingkatkan keuntungan perniagaan persatuan mereka.

“Untuk meningkatkan margin perniagaan mereka yang kini pada tahap 20 peratus, mereka perlu meningkatkan standard pengendalian ikan ke tahap lebih tinggi iaitu bermula dari jeti, pemborongan, pemasaran sehingga akhir (penjualan) mengikut piawaian Kesatuan Eropah,” katanya.

Ahmad Shabery berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Projek Rantaian Nilai, Kilang Air Batu Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Perlis di sini hari ini.

Turut hadir, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Ahmad Bakri Ali dan Pengerusi LKIM, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.

Ahmad Shabery berkata peningkatan tahap kualiti amat perlu kerana akan tiba masanya negara-negara jiran seperti Singapura, mahu bekalan ikan mengikut standard yang menepati kualiti produk makanan termasuk kebersihan dan keselamatan.

Katanya, kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan agensi lain yang berkaitan untuk memenuhi aspek berhubung kualiti kesihatan produk berkenaan dan bekalan ikan.

“Contohnya pada hari ini, PNK telah memulakan inisiatif projek Kilang Air Batu yang mana mereka pastikan air batu yang dihasilkan adalah bersih dan mampu menampung keperluan proses sejuk beku ikan-ikan secara berkualiti.

“Ia juga merupakan antara inisiatif persatuan ke arah meningkatkan standard pengendalian produk mereka ke tahap lebih baik di samping peruntukan sebanyak RM3 juta yang diluluskan akan meningkatkan kapasiti pengeluaran air batu di kilang itu,” katanya.

Secara tidak langsung, ia menjadikan kilang ini sebagai pengeluar tunggal air batu di negeri Perlis yang akhirnya akan membawa faedah kepada PNK dan anggotanya, tambahnya.

Ahmad Shabery berkata persatuan nelayan juga perlu mampu membangunkan industri hilirannya sendiri seperti industri pembuatan bebola ikan dan produk-produk lain seumpamanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery CheekNekmatNelayan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akim, Stacy Pertama Kali Tayang Wajah Eshaal

Next Post

Kit Siang Patut Jadi Pengerusi Pakatan Harapan

Related Posts

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

Jari Tangan Kanan Peniaga Burger Putus Tersepit Mesin Pengisar Daging

Nelayan Didakwa Cabul Anak Luar Nikahnya Sendiri

16/11/2023
0

KOTA BHARU – Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan mencabul...

Next Post

Kit Siang Patut Jadi Pengerusi Pakatan Harapan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd