• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permaisuri Johor Ziarah Pusara Mohamad Thaqif

oleh
29/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menziarahi pusara Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping, di sini pada Jumaat.

Media melaporkan, Permaisuri Johor tersebut tiba di kawasan perkuburan berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang dengan kenderaan rasmi istana yang disambut oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, Dr. Badrul Hisham Kassim.

Turut hadir ialah ibu allahyarham Mohamad Thaqif Amin iaitu Felda Wani Ahmad, 40, bersama-sama dengan beberapa ahli keluarga murid tahfiz tersebut dan disertai Kadi Daerah Kota Tinggi, Suhaimi Rebu.

Raja Zarith Sofiah kemudian mengambil kesempatan tersebut dengan membacakan surah Yasin, menyertai tahlil ringkas dan menyiram air mawar ke atas pusara pelajar berkenaan sebelum berangkat pulang pukul 4 petang.

Baginda pada Selasa lalu turut pernah berkenan melawat allahyarham di Wad Dependensi Tinggi, Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru dan menyampaikan sendiri sumbangan peribadi kepada keluarga Mohamad Thaqif Amin.

Pelajar berusia 11 tahun itu namun meninggal dunia pada petang Rabu setelah seminggu allahyarham ditempatkan untuk menerima rawatan lanjut di wad hospital tersebut sebelum dikebumikan pada waktu tengah malamnya.

Kisah penderitaan bekas pelajar Madrasah Tahfiz Al-Jauhar di Kampung Lukut di sini yang terpaksa dipotong kedua-dua belah kakinya itu menjadi tular pada Sabtu minggu lalu apabila didedahkan oleh media tempatan.

Susulan kes tersebut, seorang pembantu warden asrama ditahan untuk membantu siasatan pihak polis kerana dipercayai mendera mangsa di surau konon sebagai hukuman terhadap pelajar nakal. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafitahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd