Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Penganggur Didenda RM3000 Akibat...

Sudahlah tidak bekerja, tapi sengaja cari 'penyakit'. Padah merosakkan patung keagamaan Buddha dan...

Semua Pinjaman Layak Moratorium...

KUALA LUMPUR - Bank-bank akan menawarkan moratorium enam bulan untuk bayaran ansuran semua...

Imigresen Kedah Tahan 27...

KUALA NERANG - Imigresen Kedah menahan 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga...

Skop, Peranan Koperasi Perlu...

KUALA PILAH - Skop dan peranan koperasi perlu diperluaskan bagi merangkumi aktiviti seperti...

Perak Terima Pelaburan RM3.9 Bilion Pada 2016

IPOH – Perak menerima pelaburan bernilai RM3.9 bilion membabitkan 55 projek bagi tempoh sepanjang tahun lepas yang melebihi sasaran pertumbuhan purata ditetapkan, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah, jumlah itu merupakan pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi negeri berkenaan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 71.8 peratus melibatkan pelaburan domestik manakala 28.2 peratus adalah pelaburan asing, titah baginda.

“Berdasarkan sasaran Pelan Tindakan Pembangunan Perindustrian Perak, jumlah kemasukan pelaburan pada tahun 2016 itu melebihi sasaran pertumbuhan purata sebanyak 7.1 peratus,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Selain itu, baginda bertitah SME Corp Malaysia pula terlibat untuk melaksana, menyelaras dan bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi membantu membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Perak.


“Sepanjang tahun lepas, SME Corp Malaysia membantu hampir seramai 39,979 usahawan dan bakal usahawan PKS di Perak,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) juga telah menerajui sektor pembangunan mineral secara berhemah, mengurus aset negeri secara cekap, membangunkan semula tapak bekas lombong dan memulihara warisan perlombongan.

“Pelan Tindakan Pembangunan Mineral Negeri Perak yang diuruskan oleh MB Inc juga telah menarik minat negeri lain untuk mempelajari keberkesanan strategi dan pengurusan mineral yang diperkenalkan di negeri ini,” titah baginda. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MIDA

Kategori