• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Anjur ‘Festival Of Ideas’ Selama Seminggu

oleh Ahmad Albab
17/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan Perak akan menganjurkan ‘Festival Of Ideas’ iaitu program seminar dan persidangan yang bakal berlangsung selama seminggu sempena Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor (PIDD).

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata festival anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Institut Darul Ridzuan (IDR) itu berlangsung sebelum PIDD bermula pada 9 hingga 12 Sept ini.

“Festival ini diadakan bagi menjenamakan program PIDD. Dalam tempoh seminggu Perak akan dipenuhi dengan seminar dan persidangan yang berlangsung serentak di hotel, pusat persidangan dan sebagainya.

Seminar dan persidangan yang bakal dianjurkan di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa ini bukan sesuatu yang baharu kerana ia telah dilaksanakan di negara lain, namun di peringkat Asia Tenggara mungkin ia dianggap satu idea baharu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penyelidikan IDR keempat di sini, hari ini.

Menurut Zambry, festival itu diharap dapat mencetuskan lebih banyak idea-idea baharu dalam pelbagai sektor bagi memperkembangkan pertumbuhan ekonomi di Perak.

“Selain itu, ia menjadikan Perak sebagai lokasi tumpuan bagi mengadakan sebarang program dan sebagai lokasi pertemuan semua pemikir manakala dalam aspek pelancongan ramai pengunjung daripada pelbagai golongan datang ke sini untuk menghadiri festival ini dan pada masa yang sama melihat keindahan di Perak,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Dr Mazalan Kamis berkata PIDD pada tahun ini dijangka menarik lebih daripada 1,000 penyertaan dari seluruh dunia dan lebih daripada 60 penceramah dijangka berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka dengan peserta.

“Kami percaya lebih banyak negara akan menyertai Dialog Pangkor tahun ini. Tahun lepas kami menyaksikan penglibatan perwakilan dari 27 negara termasuk Amerika Syarikat , United Kingdom, negara-negara Asia Timur dan negara anggota ASEAN.

Mazalan berkata PIDD tahun ini akan cuba mencari idea cemerlang, input dan penyelesaian menerusi sembilan kumpulan tumpuan terdiri daripada ekonomi, pembinaan negara bangsa, wanita, teknologi dan inovasi, alam sekitar, belia, pembangunan alam sekitar, pendidikan dan keusahawanan.

“Kami yakin pada tahun ini PIDD akan memberikan wakil daripada negara peserta juga pemikir dan pakar tempatan penyelesaian ketara yang boleh dilaksanakan oleh mereka untuk mencapai 17 matlamat yang digariskan di bawah Matlamat Pembangunan Lestari,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd