• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjual Burger Dipenjara 5 Tahun Kerana Merompak

oleh Ahmad Albab
12/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat merompak wang tunai RM16, telefon bimbit dan pelbagai mata wang asing milik seorang lelaki warganegara Bangladesh, seorang penjual burger dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Azian Othman menjatuhkan hukuman itu ke atas Ahmad Fakrurrazi Abdullah, 21, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 25 Feb lepas.

Tertuduh bersama-sama dua lagi rakannya yang berusia 20 dan 16 tahun didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap sebuah telefon bimbit, wang tunai RM16 dan mata wang asing milik Barua Sohel, 24.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tepi sebuah hotel di Jalan Sultan Ismail, Dang Wangi di sini pada 12.52 pagi, 25 Feb lepas mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dua lagi rakannya bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan 7 dan 8 Ogos bagi perbicaraan kes mereka.

Ketika rayuan, Ahmad Fakrurrazi yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia anak tunggal yang kematian bapa dan perlu menyara ibunya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal sebaliknya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh selain mengambil kira trauma dan kesan emosi yang dialami mangsa akibat kejadian itu. – BERNAMA

Tags: peniagaRompak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd