• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Sikh Boleh Cuti Vaisakhi Tanpa Rekod

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjawat awam dari kalangan Punjabi-Sikh dibenarkan mengambil cuti tanpa rekod untuk meraikan Hari Vaisakhi Jumaat ini (14 April).

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dalam kenyataan hari ini berkata walaupun tiada cuti umum untuk perayaan berkenaan, cuti tanpa rekod akan membolehkan mereka meraikan sambutan itu yang menandakan permulaan musim menuai mengikut kalender agama mereka.

Antara budaya masyarakat Sikh termasuk ibadah melakukan ‘langar’ atau ‘dapur’ iaitu menghidang dan memberi makanan percuma kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira kaum, agama, kepercayaan dan latar belakang di setiap Gurdwara (rumah ibadat masyarakat Sikh), kata kenyataan itu.

Kementerian itu dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Punjabi Malaysia akan menganjurkan MyVaisakhi Fest 2017 pada 29 April di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic) di sini bagi memeriahkan sambutan perayaan itu yang tersenarai dalam kalender pelancongan negara, katanya.

Tarian tradisional, persembahan muzik, persembahan Bangra dan kesenian budaya Punjabi akan diadakan semasa festival itu. – BERNAMA

Tags: Cuti Vaisakhi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd