• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendakwah Zakir Naik Bertaraf Penduduk Tetap

oleh Ahmad Albab
18/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pendakwah antarabangsa dari India, Dr. Zakir Naik, bertaraf penduduk tetap di Malaysia dan bukannya warganegara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata penceramah itu tidak menetap di Malaysia sebaliknya tinggal di beberapa negara lain.

“Beliau (Zakir) mendapat status penduduk tetap pada lima tahun lepas, beliau bukan warganegara Malaysia,” katanya ketika ditanya pemberita sama ada Zakir adalah warganegara Malaysia.

Beliau ditemui selepas merasmikan Persidangan Ekologi Manusia Antarabangsa 2017 di sini hari ini.

Pada November tahun lepas, Hindustan Times di India melaporkan bahawa Zakir telah diberi kerakyatan Malaysia namun perkara itu dinafikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Mengulas laporan mengenai Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) yang dilaporkan memutuskan untuk mendapatkan notis Interpol terhadap Zakir, Ahmad Zahid berkata Malaysia sedia memberi kerjasama penuh jika kerajaan India memohon Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA) dalam siasatan terhadap Zakir.

MLA boleh diperoleh jika negara itu ada hubungan dan perjanjian dengan negara kita, katanya.

Ditanya sama ada Malaysia akan menyerahkan Zakir kepada pihak India sekiranya pendakwah itu berada di Malaysia, Ahmad Zahid berkata, “ia bukan soal serah menyerah tetapi mengenai siasatan.

“Kita ikut sistem undang-undang negara kita dan ikut kerangka diplomatik yang ada, kalau ada permohonan bagi MLA, kita akan beri kerjasama penuh,” katanya.

Baru baru ini, NIA memutuskan untuk mendapatkan notis Interpol terhadap Zakir bagi menghalang pergerakannya keluar dari Arab Saudi selepas beliau ingkar saman berulang kali terhadapnya agar satu siasatan dibuat terhadapnya.

Zakir didakwa menghasut golongan muda Islam untuk terbabit dalam keganasan dan menganjurkan permusuhan antara masyarakat berasaskan agama dan kaum.

Bagaimanapun, Zakir dalam satu persidangan di Kuala Lumpur pada Ahad lepas, dilaporkan berkata meminta kerajaan India mencarinya di Malaysia.

Pendakwah itu didakwa melarikan diri ke Arab Saudi selepas siasatan dimulakan terhadapnya dan badan bukan kerajaan naungannya, Islamic Research Foundation, berhubung dakwaan propaganda keganasan. – BERNAMA

Tags: Zakir Naik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Padah Sodok Botol Pewangi Ketiak Masuk Faraj

Next Post

14 Projek PPA1M Telah Diluluskan Di Negeri Sembilan

Related Posts

Hina Zakir Naik: K Senthivelu Akan Dipanggil Polis

06/01/2020
0

SEREMBAN - Polis akan memanggil Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), K Senthivelu bagi membantu siasatan susulan lima laporan yang diterima...

Soalan Peperiksaan Guna Nama Zakir Naik Tak Salah

06/01/2020
0

SHAH ALAM - Pihak yang mencetuskan kontroversi sehingga mewujudkan provokasi terhadap isu soalan Kursus Hubungan Etnik (UUW235) Universiti Malaysia Perlis...

Next Post

14 Projek PPA1M Telah Diluluskan Di Negeri Sembilan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd