• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penalti 100% Pengelat Cukai Mulai Tahun Depan

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Gaya Hidup, LHDN, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bakal mengenakan penalti penuh 100 peratus terhadap pembayar cukai yang cuba elak atau melaporkan jumlah cukai tidak tepat bermula tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sabin Samitah berkata sudah tiba masanya LHDN menyediakan satu rangka kerja penalti baharu termasuk menaikkan kadar yang lebih tinggi kepada pengelak cukai.

Penalti 100% Pengelat Cukat Mulai Tahun Depan - LHDN

Menurutnya, sebelum ini penalti yang dikenakan hanyalah 45 peratus daripada jumlah tunggakan namun akan ditingkatkan kepada 100 peratus selepas kajian dan audit dijalankan LHDN.

“Ini bukan keputusan drastik, sebaliknya mereka sudah diberikan tempoh dua tahun berturut-turut iaitu tahun lalu dan sebelum untuk membayar cukai, tetapi nampaknya ia tidak berhasil.

Penalti 100% Pengelat Cukat Mulai Tahun Depan - LHDN

“Tahun ini masih menggunakan lagi rangka kerja penalti sama iaitu 45 peratus, tetapi tahun depan akan bermula penalti lebih tinggi,” katanya selepas merasmikan Operasi Gegar Bersepadu 2017, hari ini.

“Sebagai contoh, sekiranya jumlah cukai tertunggak RM1 juta, maka penalti yang dikenakan juga berjumlah RM1 juta. Ini bermakna pihak terbabit perlu membayar RM2 juta,” katanya lagi.

Penalti 100% Pengelat Cukat Mulai Tahun Depan - LHDN

Tambahnya, tindakan menaikkan penalti ini tidak memerlukan sebarang pindaan perundangan memandangkan ia sudah sedia termaktub dalam Akta Cukai Pendapatan 1967. – MYNEWSHUB.CC

Tags: CukaiLHDNsyarikat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anthony Loke Perlu Jelaskan Isu Kontrak  RM178.29 Juta Syarikat Adik Azam Baki

Anthony Loke Perlu Jelaskan Isu Kontrak RM178.29 Juta Syarikat Adik Azam Baki

22/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan penganugerahan kontrak bernilai RM178.29 juta kepada...

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd