• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminat Hampa Lelaki Bertopeng Bukannya Malique

oleh AK-47
24/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Keterujaan peminat Malique untuk menonton gabungannya bersama Dayang Nurfaizah menerusi duet mereka iaitu Pejamkan Mata pada Anugerah MeleTOP Era (AME2017) hampa kerana individu yang muncul di pentas bukannya pemuda itu.

Sebaliknya suara Malique pada duet berkenaan hanyalah rakaman yang sudah dibuat awal dan kemunculan beberapa lelaki bertopeng di pentas hanyalah gimik semata-mata.

“Memang benar Malique tidak hadir namun Malique merakamkan suaranya secara langsung untuk digabungkan dengan persembahan bersama Dayang,” kata Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris kepada mStar Online.

AME2017 yang berlangsung di Stadium Malawati di sini pada malam Ahad sebelum itu kecoh apabila Malique dikhabarkan akan membuat kemunculan selepas beberapa tahun menghilangkan diri daripada bertemu peminat.

Kemunculan beberapa lelaki yang berselubung dan tidak menampakkan wajah yang menyanyikan bahagian lagu Malique mengelirukan penonton dan membuatkan mereka tertanya-tanya kelibat penyanyi rap itu.

Menjelaskan mengenai perkara berkenaan, Namanzee berkata, pihaknya sudah berbincang dengan syarikat rakaman Malique iaitu Warner Music untuk mendapatkan penyanyi itu mengadakan persembahan bersama Dayang pada AME2017

Bagaimanapun, pihak produksi menghormati keputusan bekas anggota kumpulan Too Phat tersebut yang enggan muncul dan hanya mengizinkan rakaman suara sahaja dilakukan untuk persembahan bersama Dayang.

Perbincangan sudah dibuat tetapi kita hormat keputusannya namun kami cukup bertuah kerana Malique sudi merakamkan suaranya secara langsung untuk persembahan itu.“Dayang pula memberi persembahan yang cemerlang walaupun tanpa Malique,” katanya.Sementara itu, AME2017 memperlihatkan pasangan sensasi Fattah Amin dan Neelofa mengungguli senarai pemenang termasuk membawa hadiah utama Top Top MeleTOP 2017.- mStar Online

Tags: Anugerah MeleTOPDayang Nurfaizahmaliquepenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd