• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembaca Berita Tabah Sampaikan Kematian Suami

oleh AK-47
10/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TABAH sunguh pembaca berita wanita dari IBC24 di Chhattisgarh, Timur India ini apabila mendapat tahu kematian suaminya ketika membaca laporan kemalangan apabila bersiaran langsung di televisyen pada Sabtu lalu.

Daily Mail melaporkan, Supreet Kaur, 28, menyampaikan laporan berita terkini mengenai satu kemalangan dan berbicara dengan seorang wartawan menerusi panggilan telefon yang memberitahu mengenai butiran kemalangan terbabit.

Walaupun wartawan itu tidak menamakan ketiga-tiga mangsa lain yang terlibat, tetapi butiran yang diberi cukup untuk membuat Kaur sedar bahawa suaminya, Harshad Kawade, yang baru dikahwininya setahun lalu itu terkorban dalam kemalangan.

Kaur mengetahui suaminya itu menggunakan jalan yang sama bersama rakan-rakan lain di dalam kereta yang sama seperti dibutirkan di dalam laporan.

Bagaimanapun, Kaur tetap mengekalkan sifat professionalnya dan terus membaca berita-berita lain untuk sepuluh minit seterusnya sebelum mengalirkan air mata selepas kamera dimatikan.

“Dia (Kaur) menunjukkan sikap profesionalnya dalam bekerja dengan terus membaca berita dengan tenang selama 10 minit ketika bersiaran.

“Selepas tamat siaran langsung itu, dia menghubungi ahli keluarganya dan bergegas ke tempat kejadian,” kata seorang editor kepada Indian Express.

Jelasnya, Kaur telah berkhidmat di IBC24 selama sembilan tahun dan merupakan pembaca berita terkemuka di negara itu.

Seorang rakannya dari Hindustan Times menyifatkan wanita tersebut sebagai seorang yang berani dan bangga dengan ketenangannya walaupun terpaksa berhadapan dengan keadaan menyedihkan.

Kisah Kaur ini mendapat pujian netizen yang bangga dengan ketabahan wanita tersebut yang meneruskan tanggungjawab sebagai pembaca berita walaupun terpaksa menyampaikan laporan kematian mengenai suaminya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kemalanganpembaca beritasuami
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd