Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

7 Tips Memudahkan Anda...

Tidak ramai yang bernasib baik kerana kebanyakannya mungkin akan mengalami masalah untuk tidur...

Pelajar Tingkatan Satu Maut,...

ALOR GAJAH : ‘Malang tidak berbau’ selepas kereta jenis Proton Wira dipandu seorang...

‘Gadis Pintar’ Dikritik, Tak...

PROGRAM TV game show yang mencari gadis terpintar negara dengan perwatakan menarik, Clever Girl...

Juruterbang AirAsia Dilarang Terbang...

JAKARTA – Seorang juruterbang AirAsia Indonesia dilarang menerbangkan pesawat selepas ujian air kencing...

Pemandu Lori Maut Dalam Kemalangan Di Bukit Ular

BELURAN – Seorang pemandu lori maut dan dua kelindannya cedera parah dalam nahas jalan raya di Bukit Ular, Kilometer 76.9 Jalan Nangoh-Paitan dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, lori tersebut yang membawa muatan baja terbabas ketika menuruni bukit lalu terbalik.

Ketua Polis daerah Beluran Supt Shivanathan Velautham berkata pemandu lori, Ahmad Nongkang, 59, yang tersepit di dalam lori tersebut, mati di tempat kejadian.

Katanya dua kelindan lori itu, Jeprii Azis, 35, patah kedua-dua kaki, manakala Rosli Ruma, 34, patah bahagian paha.


Mayat Ahmad yang tersepit kemudian dikeluarkan dari lori itu dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat.

Beliau berkata siasatan polis mendapati kes kemalangan ini berpunca daripada kegagalan pemandu untuk mengawal kenderaan apabila tiba di jalan yang berselekoh tajam, curam dan menuruni bukit. – BERNAMA​

Kategori