• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Malaysia Di Mesir Jauhi Gereja, Balai Polis

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Education Malaysian Egypt (EME) telah mengedarkan Garis Panduan Keselamatan kepada semua pelajar Malaysia di Mesir berikutan peristiwa pengeboman yang berlaku di Tanta dan Iskandariah, Mesir pada 9 April lalu.

Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan berkata, Garis Panduan Keselamatan itu sebagai langkah berjaga-jaga dan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Mesir juga telah mengaktifkan Bilik Gerakan bagi memantau situasi dan perkembangan semasa.

“Semua agensi di bawah Kedutaan juga turut diarah memantau situasi serta melaporkan perkembangan dari semasa ke semasa di kawasan penempatan pelajar Malaysia di Kaherah, Iskandariah, Tanta, Zagazig, Mansoura, Fayoum dan Assiut.

“Untuk rekod, sehingga 10 April 2017, jumlah pelajar Malaysia di Mesir adalah seramai 454 orang di Tanta manakala 797 orang lagi di Iskandariah,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi, pelajar Malaysia di Mesir telah diingatkan supaya supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati serta tidak mendekati kawasan berisiko tinggi yang terdedah kepada bahaya keganasan seperti gereja dan balai polis.

“Sekiranya menghadapi masalah, para pelajar diminta segera menghubungi pihak Kedutaan Malaysia di Mesir melalui nombor +201200276388,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: EME
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd