• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Keracunan, Rupanya Helah Balik Kampung

oleh Ahmad Albab
15/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kira-kira 30 orang pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh beramai-ramai mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Sanggang semalam dan hari ini atas alasan mengalami keracunan makanan.

Mereka mendakwa mengalami simptom sakit perut selain demam.

Namun pengetua sekolah berkenaan, Zaberi Abdul Hamid memberitahu tidak berlaku kes keracunan makanan, sebaliknya ia hanya berupa helah pelajar untuk balik bercuti.

“Mereka mengadu sakit perut dan penyelia asrama telah membawa mereka ke klinik. Tetapi selepas pemeriksaan dan siasatan dibuat, ternyata mereka sebenarnya tidak sakit.

“Semua yang terlibat adalah pelajar tingkatan satu dan dua. Ada beberapa orang yang demam biasa dan selebihnya hanya untuk dapatkan sijil cuti sakit (MC) kerana mahu balik bercuti di rumah,” katanya kepada Bernama.

Zaberi berkata pelajar tingkatan tiga, empat dan lima tidak pula mendakwa terkena keracunan makanan, sedangkan mereka juga makan di dewan makan asrama.

“Jika mereka betul-betul terkena keracunan makanan, sudah tentu pelajar lain juga turut terjejas. Namun saya telah meminta doktor menjalankan pemeriksaan teliti, jika ada pelajar yang tidak sihat sudah pasti kita benarkan mereka pulang ke rumah.

“Pemantauan ke atas keperluan dan keadaan semasa pelajar sentiasa dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan tiada perkara buruk menimpa mereka sepanjang mereka berada di bawah jagaan pihak sekolah,” katanya. – BERNAMA

Tags: keracunanpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd