• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Dipukul Kini Alami Darah Beku Lengan Kiri

oleh Ahmad Albab
24/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Keadaan pelajar madrasah tahfiz yang cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, selepas dipercayai dipukul seorang pembantu warden semakin membimbangkan selepas doktor mengesan darah beku di lengan kirinya semalam.

Ibu saudara pelajar berumur 11 tahun itu, Nurul Nabila Ahmad, 30, berkata Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie yang kini ditempatkan di Unit Dependensi Tinggi (HDU) masih dalam keadaan kritikal, namun bengkak pada mukanya sudah surut selepas menjalani dialisis.

Nurul Nabila berkata keluarga mereka turut dimaklumkan doktor bahawa pembedahan tangan kanan Mohamad Thaqif Amin yang dilakukan semalam bagi membuang darah beku menunjukkan hasil positif dan berkemungkinan besar tangan tersebut dapat diselamatkan.

“Kami dinasihati doktor sebelum ini untuk memotong tangan kanan tersebut tetapi kami tidak bersetuju. Buat masa ini tangan itu masih dipantau selama 48 jam mulai semalam sehingga pagi esok,” katanya yang ditemui pemberita di lobi HSI di sini hari ini.

Menurut Nurul Nabila, Mohamad Thaqif Amin yang merupakan anak ketiga dari lima beradik kini belum sedarkan diri atau memberi sebarang respon sejak pembedahan terhadap lengan kanannya semalam.

Mengenai darah beku di lengan kiri pula, Nurul Nabila berkata doktor sudah memberikan ubat bagi mencairkan darah dan memantau keadaan lengan tersebut.

Nurul Nabila turut menafikan cakap-cakap bahawa anak saudaranya itu pernah diberikan ubat tahan sakit untuk kegunaan wanita bersalin serta menerima rawatan tradisional sebelum dirujuk ke hospital.

Kisah Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke HSI Rabu lepas, menjadi tular di media sosial selepas mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden.

Kedua-dua kakinya itu kemudian terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak.

Semalam, pembantu warden tersebut direman empat hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan. – BERNAMA

Tags: dipukultahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

19/12/2024
0

KUALA TERENGGANU: Saling tuduh menuduh dipercayai antara punca seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, dipukul secara bergilir-gilir oleh...

Imam Rebah, Meninggal Dunia Ketika Solat Subuh Di Masjid

Koperal Polis Maut Dipercayai Dipukul

23/03/2024
0

SHAH ALAM: Seorang anggota polis maut dipercayai dipukul dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah di sini, awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd