• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Hadapi 2 Tuduhan Menipu RM450,000

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang peguam hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret berasingan di sini atas dua pertuduhan menipu berhubung pelaburan flat sederhana yang tidak wujud, berjumlah RM450,000.

J. Shanti, 47, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir dan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Dia didakwa menipu pengarah syarikat pengeluar alat ganti lori, Teh Jit Keong, 46, dengan memperdayakannya untuk melabur bagi flat kos sederhana yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa menyerahkan dua cek berjumlah RM300,000 untuk dimasukkan ke dalam akaun tertuduh.

Bagi satu lagi pertuduhan, dia didakwa menipu Saw Lae Kun, 31, dengan cara sama membabitkan kerugian RM150,000.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di Oasis Square, Ara Damansara, di sini pada 6 Julai tahun lalu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik dan Natasha Chin Le Jy.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh yang diwakili peguam Lim You Ping membayar jaminan itu.

Kedua-dua mahkamah itu menetapkan 4 dan 8 Mei untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: menipuPeguam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sebahagian Besar Aset Najib Masih Dibeku, Perlu Pertimbang Pilihan Yang Ada Penuhi Syarat RM50 juta – Peguam

Sebahagian Besar Aset Najib Masih Dibeku, Perlu Pertimbang Pilihan Yang Ada Penuhi Syarat RM50 juta – Peguam

20/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar aset, akaun bank dan hartanah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak masih tertakluk kepada perintah...

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

05/06/2026
0

SEREMBAN - Undang Yang Empat Negerí Sembilan dan Tengku Besar Tampin membantah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd