• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Patung 23,000 Tahun Mirip Punggung Kim K

oleh
18/04/2017
dalam Artis, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Sekumpulan penyelidik arkeologi berjaya menemui sebuah patung wanita yang dianggarkan berusia 23,000 tahun dengan punggung mirip selebriti terkenal Kim Kardashian.

Patung zaman batu tua atau Paleolitik itu dijumpai secara tidak sengaja ketika proses cari gali sejarah di wilayah Bryansk, kira-kira 483 kilometer dari ibu kota Rusia, Moscow menurut laporan media tempatan pada Isnin.

Mereka dilaporkan terpegun apabila mula menyaksikan patung tersebut kerana susuk belakang tubuh badannya saling tidak tumpah seperti rupa punggung montok Kimberley West, personaliti terkenal Amerika Syarikat (AS).

Apa yang menarik, ia ditemui sekali dengan ukiran gading gajah gergasi purba atau disebut mammoth sekali gus menunjukkan manusia zaman prasejarah sudah pun membayangkan imej fantasi kecantikan punggung wanita.

Ketua pasukan ekspedisi, Dr. Konstantin Gavrilov membandingkan patung ini dengan lukisan Danae, karya terkenal artis Rembrandt Harmenszoon van Rijn mengenai susuk dewi mitologi Greek menerusi lukisannya itu pada 1636.

Patung 23,000 Tahun Mirip Punggung Kim K

“Ia jelas menggambarkan seorang wanita yang agak gemuk, kakinya panjang dan kurus,” terang beliau sambil menambah, bahagian buntutnya agak besar dan cukup menonjol berbanding saiz tubuh perempuan tipikal.

Patung tersebut kemudian menjadi perhatian ramai sarjana ilmuwan atau pakar artifak purba dari Jabatan Zaman Batu di Institut Arkeologi Rusia, menurut Gavrilov sambil menyifatkan ia menggambarkan wanita itu amat subur.

Dua belahan punggung yang menonjol kembang itu menggambarkan perempuan ini agak gendut, mungkin untuk memberi gambaran wanita tersebut sedang hamil anak kembar dengan corak perut memboyot begitu besar.

Kebanyakan ahli sejarah bagaimanapun percaya patung prasejarah tersebut adalah benda yang dipakai untuk sebuah upacara khas dan ‘ritual’ keagamaan masyarakat bagi memohon kemurahan rezeki atau menolak bencana.

Kandungan patung itu umumnya diperbuat daripada tulang mammoth, kerbau bison dan batu-batu tebal, pada lapisan berusia puluhan ribu tahun di tapak arkeologi Khotylyovo-2, Rusia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kim K
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Bentang BETR 2.0 Esok, Kukuh Ekonomi Bumiputera

Next Post

Isu Rasuah Dalam Sukan Masih Terkawal – SPRM

Related Posts

Kecoh Wanita Ugut Pekerja Butik Milik Kim Kardashian

24/09/2017
0

LOS ANGELES - Seorang wanita bersenjatakan pistol mengancam pekerja butik milik bintang realiti televisyen, Kim Kardashian di sini semalam dan...

Kim Kardashian Dikecam Cuba Jadi Jackie Kennedy

30/08/2017
0

KIM Kardashian dengan bangganya telah menunjukkan gambar terbarunya dalam Twitter namun netizen langsung tidak teruja. Ini kerana bintang realiiy berusia...

Next Post

Isu Rasuah Dalam Sukan Masih Terkawal - SPRM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd