• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panglima TLDM Terima Kunjungan Rakan Sejawatan

oleh Ahmad Albab
13/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin hari ini menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya dari India, Laksamana Sunil Lanba di Markas Tentera Laut, Wisma Pertahanan, di sini.

Ahmad Kamarulzaman berkata, kunjungan itu bertujuan untuk mempereratkan hubungan dua hala dalam aspek keselamatan maritim kedua-dua negara.

“Delegasi ini dalam rangka lawatan selama lima hari bermula 11 hingga 15 April dan ini merupakan lawatan pertama Laksamana Sunil sejak memegang jawatan Panglima Tentera Laut India ke-23 pada 31 Mei tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Beliau berkata lawatan ini juga merupakan inisiatif hubungan diplomasi pertahanan dua hala yang membolehkan pertukaran maklumat, membincangkan isu keselamatan serantau serta meneroka peluang kerjasama baharu.

Katanya, lawatan Panglima Tentera Laut India itu juga adalah untuk menimba ilmu dalam mengendalikan ‘Scorpene’ memandangkan TLDM mempunyai lebih pengalaman dalam mengendalikan kapal selam itu.

Ketibaan Laksamana Sunil di Wisma Pertahanan disambut dengan penuh istiadat ketenteraan menerusi perbarisan Kawalan Kehormatan Utama oleh 1 Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) di Dataran Pertahanan.

Selepas lawatan itu, beliau turut membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. – BERNAMA

Tags: Panglima TLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohd. Reza Kini Panglima TLDM Baharu

01/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany dilantik sebagai Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang baharu menggantikan...

Panglima TLDM Terima Anugerah Perancis

24/07/2018
0

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin menerima anugerah Officier de la Legion d'Honneur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd