• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pakaian Neelofa Macam Nak Pergi Larian Amal’

oleh AK-47
25/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANUGERAH MeleTOP Era 2017 (AME17) telah pun melabuh tirainya pada Ahad lalu, namun seperti biasa pasti sahaja ada cerita kurang enak yang timbul sebaik tamat anugerah itu berlangsung.

Jika tahun lalu, pakaian Neelofa di AME dikritik netizen apabila ada yang menyamakan gaun aktres itu seperti sotong. Kali ini, pakaian pemenang Artis Wanita Top Top MeleTOP ini sekali lagi menjadi perhatian peminat industri hiburan.

Ini gara-gara penampilanya yang tampil dengan hanya mengenakan padanan T-shirt dan skirt labuh organza berwarna hitam hasil ciptaan Fizi Woo dilabel sebagai serba tidak kena.

Lebih pedas, ada yang menyifatkan penampilan Neelofa seperti pakaian untuk ke majlis larian amal.

“Pakaian pengacara macam orang nak pergi larian amal, t-shirt pendek ikat tepi, skirt hitam dah macam reban ayam serama, shawl lilit belakang macam anak dara basuh pinggan kat dapur. Tak exclusive langsung. Nampak murah sangat,”
tulis Haziq Abdulah.

Tampil menjawab kecaman ramai, Neelofa memberitahu dia sememanganya ingin tampil berbeza dan rekaan pakaian itu menepati seleranya.

“Ketika saya menghadiri salah satu pertunjukan fesyen di Paris, ini adalah antara koleksi dari Dior.

“Saya memang sukakan baju ini kerana ia menepati apa yang saya mahukan.

“Saya tahu gabungan casual and glam belum ada yang buat sebab kita sudah biasa dihidangkan dengan busana yang lip lap (berkilauan) dan glamour.

“Jadi saya gayakan sesuatu yang unexpected dan saya terima apa sahaja orang komen.

“Apa yang penting, saya suka dan saya happy,“ katanya seperti yang dipetik Media Hiburan.

Pada majlis berpretij itu, Neelofa turut memenangi anugerah pemenang Hos MeleTOP. – MYNEWSHUB.CC

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas ‘Bangsa Johor’, Giliran ‘Waghih Nismilan’ Galas Misi Besar

Selepas ‘Bangsa Johor’, Giliran ‘Waghih Nismilan’ Galas Misi Besar

18/07/2026
0

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan menjadi pentas yang lebih mencabar dalam mengukur denyut nadi serta persepsi rakyat terhadap...

Kenyataan Saw Yee Fung Jelas Tidak Mewakili Pemuda MCA

Kenyataan Saw Yee Fung Jelas Tidak Mewakili Pemuda MCA

18/07/2026
0

SEREMBAN - Kenyataan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung mengkritik kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd