• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Ramai Jadi Hero Selamatkan Mangsa Pukau

oleh AK-47
04/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAKTIK empat warga Pakistan yang cuba samun seorang wanita dengan kaedah pukau berjaya ditumpaskan orang ramai di mesin deposit wang (CDM) sebuh bank di Taman Maluri, Cheras.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin itu, mangsa yang berusia 53 tahun bersama-sama anaknya pergi ke mesin tersebut di bank berkenaan untuk mendeposit wang sebanyak RM3,000.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata mesin berkenaan tidak menerima satu wang RM50 dan mangsa mengambil wang itu dan cuba memasukkannya semula.

“Secara tiba-tiba empat lelaki warga Pakistan tidak dikenali merampas wang yang dipegang mangsa.

“Wanita terbabit merampas semula wang itu dan seorang suspek membatalkan arahan deposit wang, sekali gus menyebabkan transaksi terbatal.

“Suspek terus cuba merampas wang RM50 dari mangsa dan situasi itu mendapat perhatian orang ramai di lokasi kejadian.

Pada masa sama, seorang daripada suspek mengambil sejumlah wang milik mangsa dan terus melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Chong berkata, orang ramai yang melihat kejadian mengejar keempat-empat suspek dan kemudiannya berjaya ditahan.

Dua daripada suspek cedera di bahagian kepala ketika bergelut dengan orang ramai apabila melarikan diri.

Menurutnya, semua suspek ditahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun.

Kejadian tersebut berjaya dirakam orang ramai menjadi tular menerusi media sosial dengan memaparkan keadaan suspek yang cuba mempertahankan diri selepas ditahan.

Dalam video berlainan, mangsa menceritakan dia tidak sedar wangnya yang berada di dalam mesin deposit itu diambil suspek.

Menurutnya, perkara tersebut disedari apabila ada individu lain yang memberitahunya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes samunPakistanpukauSuspek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd