• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi SAR Tujuh Mangsa Hilang Diteruskan – Bomba

oleh Ahmad Albab
03/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh mangsa termasuk tiga kanak-kanak dipercayai dihanyutkan banjir lumpur dalam kejadian tanah runtuh di Ladang Sen Fu, Tongod, Sandakan, Sabtu lepas, diteruskan hari ini.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi hari ketiga itu membabitkan 17 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm), lapan anggota Pasukan Multi-Skill Team (MUST), 10 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon Sandakan serta 10 anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Keningau.

“PPDA Zon Sandakan memulakan operasi SAR di sungai Pinangah Kinabatangan bersama polis, sementara, anggota BBP Keningau, pasukan Storm dan MUST melakukan operasi bermula dari lokasi asal rumah yang hanyut iaitu di Sungai Labou ke sepanjang satu kilometer aliran sungai.

“Operasi pencarian mangsa masih lagi tertumpu di bawah timbunan kayu balak dan lumpur,” menurut pusat gerakan operasi itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pada 1 April, BBP Kinabatangan menerima panggilan dari Klinik Pinangah, Tongod pada jam 8.50 pagi menyatakan ada seorang mangsa dihantar ke klinik oleh orang awam dan selepas itu mangsa memaklumkan kediamannya di ladang itu dihanyutkan banjir lumpur.

Pusat gerakan operasi itu berkata kejadian itu hanya disedari oleh pekerja ladang terbabit selepas mendapati terdapat sebuah rumah di kawasan ladang berkenaan hilang sebelum memaklumkan perkara itu kepada BBP Keningau pada jam 10.30 pagi hari yang sama.

Pada kejadian 1 April itu, dua daripada 11 penghuni di rumah itu berjaya menyelamatkan diri, dua ditemui selamat di kawasan Pinangah dan berhampiran Kampung Masaung, manakala tujuh lagi masih belum ditemui. – BERNAMA

Tags: tanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd