• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi SAR Lelaki Hanyut Diperluas Ke Kuala Sg. Linggi

oleh Ahmad Albab
18/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki, R. Sri Durai, 48, yang dikhuatiri lemas selepas kereta dinaikinya bersama seorang rakan terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Sungai Gadut-Rantau Sabtu lepas, diperluas sehingga ke Kuala Sungai Linggi hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata operasi SAR kini tertumpu di Sungai Linggi sehingga ke Kuala Sungai Linggi.

“Operasi itu memasuki hari keempat, bermula dari 9 pagi dan pencarian diperluas sehingga 40km dari lokasi mangsa terperangkap. Selain unit anjing pengesan K9, kita juga menggunakan dua bot iaitu masing-masing daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, operasi pencarian meliputi kawasan Pengkalan Kempas sehingga ke Kuala Sungai Linggi melalui darat dan air (sungai) serta melibatkan kekuatan kira-kira 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Teluk Kemang dan pasukan khas Storm (Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia).

Dalam kejadian Sabtu lepas, mangsa yang memandu kereta Proton Saga FLX terperangkap di dalam keretanya selepas kenderaan itu dihanyutkan arus deras ke Sungai Simen ketika hujan lebat, manakala rakannya, M. Siva Ganes, 35, berjaya menyelamatkan diri.

Kereta mangsa bagaimanapun telah ditemukan di Sungai Simen, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, iaitu di Ladang Kombok pada pukul 11.38 malam , Sabtu lepas. – BERNAMA

Tags: Bombalemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd