• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Norway Yakin Dapat Meterai FTA Dengan Malaysia

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Norway yakin dapat menjalin perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Malaysia melalui Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) menjelang 2018.

Duta Norway ke Malaysia, Hans Ola Urstad berkata, Norway baru sahaja memeterai FTA dengan Filipina dan sedang berunding perjanjian yang sama dengan Malaysia melalui EFTA , yang terdiri daripada Iceland, Norway, Switzerland dan Liechtenstein.

“Rundingan pusingan kelapan diadakan dua minggu lalu di Kuala Lumpur,” katanya dalam ucapan perasmian majlis sambutan ulang tahun ke-10 Jordan, iaitu jenama bagi penjagaan gigi dan mulut.

“FTA dengan Malaysia perlu dalam keadaan menang-menang bagi kedua-dua pihak,” tambahnya.

Urstad berkata, eksport Norway ke Malaysia berjumlah RM2 bilion setahun manakala importnya pula kira-kira RM1 bilion.

“Sebahagian daripada eksport kami ke Malaysia ialah gas asli dan gas asli cecair. Sektor perkhidmatan jauh lebih besar dan lebih penting kepada kami,” katanya.

Pelaburan Norway di Malaysia setakat ini berjumlah RM19 bilion dalam kira-kira 200 perniagaan dan syarikat, dengan menambah, Norway adalah pelabur kesembilan terbesar Malaysia.

“Syarikat baharu seperti Scatec Solar akan membuat pelaburan baharu bagi membina tiga stesen tenaga solar yang besar di Malaysia,” katanya.

Urstad berkata, kini kira-kira 50 syarikat Norway beroperasi di Malaysia, dengan Aker Solutions menjadi syarikat terbesar Norway dalam sektor minyak dan gas.

“Norway dan Malaysia menjalin kerjasama yang meluas, terutama dalam sektor minyak dan gas kerana kedua-dua negara adalah pengeluar komoditi tersebut,” tambahnya.

Urstad berkata, pada 2015, Norway diberi penghargaan untuk menjadi rakan dialog sektor ASEAN apabila Malaysia menjadi pengerusi kumpulan serantau berkenaan.

Menurutnya, Norway telah berusaha gigih secara konsisten bagi memperluaskan kerjasama dengan ASEAN dan akan menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Luar di Manila Ogos depan.

“Kami telah melantik duta ke ASEAN (berpangkalan di Jakarta) dan matlamat jangka panjang adalah untuk menjadi rakan dialog penuh ASEAN,” tambah Urstad. – BERNAMA

Tags: Hans Ola Urstad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd