• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuasy Beregu Dunia: Nicol Ketuai Cabaran Negara

oleh AK-47
14/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara Datuk Nicol David akan mengetuai cabaran skuad negara ke Kejohanan Skuasy Beregu Dunia yang akan berlangsung di Manchester, England dari 1 hingga 5 Ogos-5.

Nicol akan berpasangan dengan Rachel Arnold dalam acara beregu wanita sementara pasangan lain terdiri daripada Mohd Nafiizwan Adnan-Ivan Yuen dan Muhammad Syafiq Kamal-Ng dalam beregu Lelaki.

Dalam acara beregu campuran, Malaysia menyandarkan harapan kepada Rachel dan Ivan.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam berkata kejohanan itu akan memberi gambaran keseluruhan mengenai kedudukan pasangan Malaysia dalam sirkit beregu antarabangsa.

“Ini merupakan kejohanan beregu utama yang pertama disertai Malaysia tahun ini. Kejohanan itu menjadi pentas yang baik sebagai persiapan atlet Sukan SEA menghadapi cabaran yang mendatang.

“Ia sebagai persediaan paling berkesan untuk pasukan yang menyertai Sukan Komanwel yang akan diadakan tahun depan di Gold Coast, Australia,”kata Maniam dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum Kejohanan Beregu Dunia, skuad negara akan menyertai temasya Sukan Dunia di Wroclaw, Poland dari 25 hingga 28 Julai.

Untuk rekod, Nicol telah menyertai tiga Temasya Sukan Dunia yang lalu dengan mencatatkan hattrick meraih emas di Jerman (2005), Taiwan (2009) dan Colombia (2013) sementara Azlan Iskandar yang telah bersara, menggondol gangsa pada 2009.

“Nicol dijangka sekali lagi mempertahankan pingat emas bagi kali keempat tahun ini yang akan melakar rekod. Bagi pemain lelaki, kita menyandarkan harapan kepada Wan (Mohd Nafiizwan) atau Ivan untuk sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir,” kata beliau.

Temasya Sukan Dunia menyaksikan penyertaan sejumlah 33 negara sejak ia mula diperkenalkan pada 1997 kecuali bagi tahun 2001 apabila skuasy tidak dipertandingkan sebagai acara dalam Sukan Dunia. – BERNAMA

Tags: Datuk Nicol David
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nicol Kalah Dalam Suku Akhir Terbuka Oracle Netsuite

30/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal dalam usaha untuk mengulangi kejayaan tahun lepas apabila kalah dalam...

Nicol Terbaik Sepanjang Zaman

27/08/2018
0

JAKARTA - Datuk Nicol David kini boleh bersara dengan tenang apabila memahat nama sebagai atlet terbaik Malaysia dalam sejarah Sukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd