• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nafi Cadang Perogol Kahwin Mangsa Bawah Umur

oleh Ahmad Albab
08/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Shabudin Yahya hari ini menafikan bahawa beliau telah mencadangkan supaya perogol dipaksa berkahwin dengan mangsa dan dakwaan jenayah rogol gugur secara automatik selepas perkahwinan itu.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini, beliau menegaskan bahawa rogol sama ada atas persetujuan bersama atau sebalikya adalah satu perbuatan jenayah.

Susulan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap kanak-Kanak 2017 itu, katanya, laporan media telah memberi persepsi bahawa beliau boleh menerima perogol dibenarkan berkahwin mangsa bawah umur bagi mengelak hukuman.

“Laporan ini adalah tidak tepat dan mengelirukan…lebih mirip kepada berita palsu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa semasa sesi perbahasan itu, seorang Ahli Parlimen mencadangkan satu pindaan kepada rang undang-undang itu untuk mengharamkan perkahwinan kanak-kanak bawah umur.

Bagaimanapun, katanya, beliau memberi pendapat bahawa dalam keadaan tertentu, fleksibiliti semasa perlu kekal.

Secara umumnya, katanya, umur perkahwinan mengikut undang-undang di Malaysia adalah 21 tahun tanpa persetujuan ibu bapa dan 18 tahun dengan persetujuan ibu bapa manakala umur persetujuan mengikut undang-undang ialah 16 tahun.

Bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu, mereka yang di bawah umur boleh berkahwin jika diberi lesen perkahwinan khas oleh ketua kerajaan negeri atau dibenarkan oleh hakim mahkamah, katanya.

Berdasarkan pengalamannya sebagai bekas hakim, katanya, beliau berpendapat bahawa fleksibiliti dan budi bicara hakim mesti dikekalkan untuk membenarkan mahkamah memutuskan kes rogol berkanun melibatkan pasangan yang ada ikatan hubungan dan diadilii secara berbeza dengan kos rogol secara paksa.

“Adalah dikesali bahawa laporan media yang tidak tepat itu telah mengelirukan orang ramai dan menimbulkan kekecohan dan kecaman yang tidak sepatutnya,” katanya.

Katanya, Malaysia mengutuk keras jenayah seksual dan tidak pernah teragak-agak untuk mendakwa dan mengenakan hukuman sepenuhnya terhadap pelaku seks mengikut undang-undang negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Shabudin Yahyakes rogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd