Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

16 UMNO Cawangan DUN...

JELEBU: Mesyuarat 16 UMNO cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang membuat usul supaya...

“Letak Jawatan Kerana Skandal...

KUALA LUMPUR- “Letak jawatan atau bunuh diri bukan cara kita. Saya tahu ada...

Hampir Maut Ketika Persembahan...

VILNIUS, Lithuania – Sebuah kumpulan pembaling pisau hampir membuatkan seorang anggota mereka terbunuh...

Isu Kuil Ke Parlimen,...

KUALA LUMPUR – Pembentangan kenyataan di Dewan Rakyat mengenai Insiden pergaduhan dan rusuhan...

MTBM Dengan Mara Liner Selenggara MyBAS Perlis

KUALA LUMPUR – MAN Truck and Bus (M) Sdn Bhd (MTBM) telah memeterai perjanjian dengan MARA Liner Sdn Bhd bagi menyediakan perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan kepada 27 buah bas model A80 City milik myBAS Perlis.

MTBM dalam satu kenyataan hari ini, berkata sebagai sebahagian daripada kontrak lima tahun dengan MARA Liner, syarikat itu juga akan menyediakan pemindahan pengetahuan dan menyediakan kemahiran teknikal kepada Pusat Servis MARA Liner di Alor Setar, Kedah melalui pelbagai program perantisan.

“Kualiti dan kebolehpercayaan kenderaan kami amat penting dalam kerjasama dengan MARA Liner dan kami memandang ke hadapan untuk meneruskan kerjasama yang saling menguntungkan ini,” kata Pengarah Urusan Hartmut Mueller.

myBAS Perlis yang telah memulakan operasi pada tahun 2015, ia merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Perkhidmatan Bas Beringkat yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi menyediakan akses yang lebih baik kepada komuniti bandar dan desa, ia meliputi enam batang jalan dan empat laluan “feeder” serta membawa secara purata 1,200 penumpang setiap hari.


Bas A80 City sepanjang 10 meter untuk myBAS Perlis merupakan model berlantai rendah bagi memudahkan pergerakan naik dan turun penumpang, ia digerakkan oleh enjin diesel dengan 280 kuasa kuda 280, serta mampu membawa 41 penumpang. – BERNAMA

Kategori