Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Video: Lucu, ‘Afdlin Shauki’...

SIAPA sangka 'Afdlin Shauki' kini sudah menukar profesionnya daripada pelakon dan pengarah filem...

ZTE Q519T, Bateri 4000mAh...

ZTE merupakan salah satu pengeluar peranti dari China, di mana mereka masih kurang...

RCI: Tuan Ibrahim Tak...

GESAAN Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya...

Pemuda UMNO Bidas Pengurusan...

KUALA LUMPUR - "Sejak sistem pengebilan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang baru diperkenalkan,...

Malaysia Antara Terbaik Dalam Rancang Ekonomi

KUALA LUMPUR – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia telah memuji Malaysia berikutan perancangan ekonomi strategik yang sangat amat baik dan dalam menguruskan perancangan ekonomi jangka pendek dan panjang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau gembira kerana Malaysia telah disebut sebagai antara negara terbaik dalam perancangan ekonomi dan seiring dengan negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Menurut Abdul Rahman, wakil IMF dan Bank Dunia menyampaikan mesej itu kepadanya dalam satu perjumpaan kira-kira dua minggu lepas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Panduan Pembangunan Lestari Antarabangsa di Universiti Sunway di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri rakan sejawatnya dari Laos, Filipina dan Indonesia.


Dalam ucapannya sebelum itu, Abdul Rahman mengulangi kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang Malaysia berada di landasan yang betul ke arah mencapai agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) global 2015-2030.

“Kita komited untuk menggandakan pendapatan purata isi rumah B40 daripada US$700 (RM3,066) pada 2014 kepada US$1,500 (RM6,570) dan meningkatkan pembabitan wanita dalam tenaga kerja kepada 59 peratus pada 2020,” katanya.

SDG ialah pelan transformasi global yang diguna pakai oleh negara di seluruh dunia yang berusaha menghapus kemiskinan, melindungi planet dan mencapai kemakmuran melalui 17 matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh 15 tahun akan datang.

“Agenda global 2030 untuk pembangunan lestari sudah pun menjadi sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-11 dengan sebahagian aspek sudah dilaksana sebelumnya,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori