Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Lelaki Tembak 3...

TIGA perompak lintang-pukang melarikan diri selepas cubaan mencuri kereta seorang lelaki yang baru...

Vaksin Covid-19 Elak Simptom...

KUALA LUMPUR - Mereka yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 masih boleh dijangkiti...

Universiti Malaya Nafi Ada...

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) menafikan terdapat pelajarnya terpaksa berlapar kerana mengalami...

TH Sediakan 600 Petugas...

MADINAH - Tabung Haji (TH) menyediakan 600 petugas untuk kawal selia 22,320 jemaah...

MoU Dengan China Bidang Sumber Air Tepat Pada Masanya

KUALA LUMPUR – Memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan China dalam bidang sumber air yang ditandatangani hari ini dilakukan tepat pada masanya, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata perjanjian itu adalah pencapaian terbaru dalam kerjasama antara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Sumber Air China yang sebelum ini hanya wujud melalui sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun 1968 iaitu “Typhoon Committee”.

“Perjanjian persefahaman itu kini menjadikan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang sumber air lebih formal dan ia adalah peluang terbaik untuk Malaysia meningkatkan kepakaran sedia ada daripada China.

“Antara teknologi dan kepakaran yang boleh dikongsi oleh kedua-dua negara melalui MoU tersebut adalah pengurusan bersepadu sumber air, pemuliharaan serta perlindungan sumber air, adaptasi kepada perubahan iklim, kawalan banjir dan pengurusan kemarau,” katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani MoU itu dengan Menteri Sumber Air China, Chen Lei.


Menurutnya, perkongsian kepakaran dan teknologi itu akan memastikan pembangunan sosio ekonomi yang mapan terutamanya dalam pengurusan serta penggunaan sumber air yang lestari bagi menghadapi kesan perubahan iklim.

Kategori