• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misteri 2 Sahabat ‘Hilang’ Di Jakarta Akhirnya Terjawab

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Misteri kehilangan dua sahabat karib dari Selangor yang berkunjung ke Jakarta sejak 30 Mac lepas akhirnya terjawab apabila kedua-dua mereka akhirnya ditemui di dalam lokap balai polis di sini.

Mohamad Shafa Ahmad, 29, dan Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, kini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Kedua-dua mereka sebenarnya ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini pada 30 Mac setelah polis menemui beberapa biji pil dipercayai dadah sintetik melalui pemeriksaan badan mereka berdua.

Seorang ahli perniagaan Malaysia di Jakarta Datuk Dr Fauzi Mohamad memberitahu Bernama beliau kini cuba memberi bantuan untuk melantik peguam bagi membantu kedua-dua rakyat Malaysia itu.

Misteri 2 Sahabat 'Hilang' Di Jakarta Akhirnya Terjawab

“Saya dimaklumkan bahawa mereka didapati membawa dadah dan dipercayai untuk kegunaan sendiri tetapi ia tetap menyalahi undang-undang negara ini dan kita sedang berusaha untuk membantu mereka dengan melantik peguam sementara menunggu tindakan selanjutnya,” kata beliau.

Fauzi berkata beliau dan isteri Datin Zaitun Evitania telah beberapa kali berkunjung ke balai polis Seksyen Lapangan Terbang untuk bertemu dengan kedua-dua pemuda itu.

“Mereka dalam keadaan baik, malah isteri saya juga membawa makanan kepada mereka di lokap polis,” katanya lagi.

Mohamad Shafa dan Kamarol Arifin masing-masing bekerja sebagai penghantar surat dan juruteknik kilang dilaporkan hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 2 petang 29 Mac lepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Dua sahabat baik itu berasal dari Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor dilaporkan hilang di Jakarta, Indonesia sejak 30 Mac lalu dan mereka mengunjungi ibu kota ini untuk menonton konsert Dj Armin Van Buuren di Jakarta International Expo di sini.

Waris kedua-dua lelaki berkenaan membuat laporan mengenai kehilangan setelah mereka tidak menghubungi keluarga sejak tiba di Jakarta dan dilaporkan tidak mendaftar masuk ke hotel yang ditempah.

Keadaan menjadi bertambah keliru apabila seorang daripada mereka kononnya dilaporkan telah pulang melalui Johor Bahru dan dikatakan menyembunyikan diri. – BERNAMA

Tags: HILANG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui di...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd