• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi Pertahan Emas Skuad Wanita Malaysia Ke Jepun

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad bola keranjang wanita akan menyertai beberapa perlawanan jemputan di Jepun selama 10 hari sebagai persiapan mempertahankan pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 19-30 Ogos ini.

Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Lua Choon Hann berkata skuad negara ke Jepun bagi mendapat pendedahan beraksi menentang pasukan yang lebih kuat bagi memantapkan lagi prestasi mereka.

“Pasukan wanita baru pulang dari Australia bulan lepas. Sandaran prospek pingat emas adalah pasukan wanita dan kita mahu skuad negara mendapat pendedahan terbaik sebelum beraksi di hadapan penonton sendiri di Sukan SEA nanti.

“Saya dimaklumkan prestasi skuad wanita semakin bagus dan berharap mereka menimba pengalaman berguna di Jepun untuk digunakan ketika beraksi di halaman sendiri pada Ogos ini,”katanya kepada pemberita pada sidang media perasmian Piala Asia FIBA 3X3 Bawah 18 tahun (B-18) di sini hari ini.

Dalam pada itu bagi skuad lelaki pula, Lua berkata mereka akan mendapat tentangan sengit di Sukan SEA kerana kebanyakan negara Asia Tenggara yang mengambil bahagian menggunakan pemain naturalisasi.

Beliau berkata persatuan akan mengumumkan senarai akhir skuad lelaki dan wanita pada Julai ini dan kedua-dua pasukan masih berpeluang membuktikan kemampuan dalam beberapa kejohanan yang akan disertai di luar negara.

“Pada 8 Mei ini kita akan umumkan nama 24 pemain bagi lelaki dan separuh daripada mereka akan menyertai Kejohanan Asia Tenggara (SEABA) 2017 yang akan berlangsung pada 12-18 Mei ini.

“Saingan skuad lelaki di peringkat Asia Tenggara sangat tinggi kerana kebanyakan pasukan lain menggunakan pemain naturalisasi. Kami masih menaruh harapan kepada pemain tempatan dan saya percaya pasukan kita mampu memberi saingan sengit dan menyumbang pingat di Sukan SEA,” katanya.

Sementara itu, kejohanan Piala Asia FIBA 3X3 B-18 kali ini akan menyaksikan pertembungan 16 pasukan lelaki dan wanita yang diadakan di Gem In Mall, Cyberjaya dari 26 hingga 28 Mei ini.

Kejohanan edisi ketiga anjuran Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) dan MABA itu disertai pasukan dari China, Bahrain, Singapura, Turkmenistan, Taiwan, Lebanon, India, Jordan, Qatar, Indonesia, Kyrgyzstan, Filipina, Kazakhstan, Jepun, Sri Lanka, Vietnam dan Malaysia. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

Tren Tergelincir di Stesen Chan Sow Lin, Semua Penumpang Selamat

Tren Tergelincir di Stesen Chan Sow Lin, Semua Penumpang Selamat

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rapid KL mengesahkan sebuah tren tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan di Stesen Chan Sow Lin pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd