• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minta Sekolah Tak Sembunyi Jenayah Libatkan Pelajar

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu pentadbiran sekolah segera melaporkan sebarang perbuatan jenayah terutamanya gangsterisme yang melibatkan pelajar di sekolah mereka, dan bukannya menyembunyikan perkara itu.

Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia bagi memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera menangani isu itu kerana ia berada di bawah bidang kuasa polis.

“Pihak sekolah kena beri maklumat kepada polis kerana penguatkuasaan adalah di bawah polis. Kalau sekolah tidak melaporkan kejadian gangsterisme dengan cepat, maka tindakan yang diambil polis pun lambat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada peserta Amerin Rotary Charity Carnival 2017 di sini hari ini.

Nur Jazlan berkata apa yang dilakukan polis adalah memilih sekolah-sekolah berisiko tinggi untuk melakukan rondaan berkala dan dengan kekerapan kehadiran polis, ia mampu mencegah rancangan yang dilakukan penjenayah.

“Kadang-kadang penjenayah tidak statik di sesuatu tempat dan mereka akan sentiasa melihat lubuk di mana kawalan polis tidak dipertingkatkan.

“Jadi, apabila ada kelemahan di mana-mana tempat, polis akan mengarahkan anggotanya untuk meningkatkan aktiviti pencegahan seperti yang dilakukan di Klang (Selangor),” katanya.

Khamis lalu, dua video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai anggota Geng 24 menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah di Klang menjadi tular dalam media sosial.

Video pertama menunjukkan sekumpulan orang menjerit sambil memegang kain rentang yang tertera ’24’ dan ‘TD4’ manakala video kedua pula menunjukkan kek berserta tulisan ‘SMK Sri Andalas’, ’24’ dan Apache’.

Berikutan itu, polis menahan sembilan anggota Geng 24, dua hari lepas kerana dipercayai terlibat dalam kumpulan kongsi gelap dan tangkapan terbaharu itu menjadikan seramai 27 anggota kumpulan tersebut termasuk pelajar ditahan setakat ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Nur Jazlan MohamedKDN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tidak Perlu Bermusuh Dengan Rakan Sepasukan

Next Post

Kelantan Merafak Sembah Tahniah Sultan Muhammad V

Related Posts

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

25/01/2025
0

JELI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan...

Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor Tidak Benar – KDN

Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor Tidak Benar – KDN

04/12/2024
0

JITRA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tidak wujud insiden kebocoran data sebanyak 17 juta yang sebagaimana didakwa seorang pengguna...

Next Post

Kelantan Merafak Sembah Tahniah Sultan Muhammad V

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd