• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Memandu Mabuk, Pesara Pilot Didenda RM2,500

oleh AK-47
04/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara memandu di bawah pengaruh alkohol seorang pesara juruterbang sebuah syarikat penerbangan didenda RM2,500 atau penjara 20 hari oleh Mahkamah Trafik di sini, hari ini.

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahmad menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd. Fawzi Abdullah, 66, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Jalan Imbi di sini, pada 2.15 pagi dua hari lepas.

Maizatul Munirah turut menasihati Mohd Fawzi supaya tidak mengulangi kesilapan sama kerana ia sangat berbahaya.

“Jumlah alkohol awak terlalu tinggi berbanding kes sama pada hari ini… sangat-sangat berbahaya memandu dalam pengaruh alkohol yang tinggi macam ini,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, ketika sekatan jalan raya di Jalan Imbi, polis menahan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dan hasil semakan, pemandu kenderaan itu didapati berada di bawah pengaruh alkohol.

Ujian penafasan yang dijalankan terhadap tertuduh mendapati kandungan alkohol dalam 100 ml darah adalah sebanyak 188 miligram iaitu melebihi 80 miligram yang dihadkan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Hashimah Hashim memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan tertuduh beragama Islam dan supaya kesalahan itu tidak berulang.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan denda yang rendah dengan alasan dia menghidap pelbagai penyakit dan tidak mempunyai keluarga.

“Ini adalah kesalahan pertama saya, saya menyesal dengan perbuatan saya dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama,” katanya.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh didenda maksimum RM6,000 dan boleh dipenjarakan sehingga 12 bulan serta lesen memandu percubaan boleh dibatalkan. – BERNAMA

Tags: pengaruh alkohol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd