• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Jana Eksport Komponen Aeroangkasa

oleh AK-47
29/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Eksport komponen dan alat ganti aeroangkasa Malaysia semakin mendapat momentum selepas industri itu mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada 2016, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, dalam 2016, eksport produk aeroangkasa Malaysia telah mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 32.6 peratus pada RM5.53 bilion berbanding RM4.17 bilion tahun sebelumnya, dengan alat ganti dan komponen aeroangkasa menjadi eksport utama.

Mustapa dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia (MAC) hari ini, berkata pertumbuhan positif ini digambarkan dalam hasil jumlah yang dicatatkan pada 2016 iaitu sebanyak RM12.7 bilion.

“Ia merupakan tahun yang luar biasa khususnya bagi subsektor pembuatan aeroangkasa yang memperolehi hasil sebanyak RM6.4 bilion, kenaikan sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2015.

“Subsektor penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) merekodkan pendapatan sebanyak RM5.7 bilion, selepas disokong oleh pengembangan dalam aktiviti MRO komponen dan enjin pesawat,” katanya.

Mustapa berkata pada 2016, sembilan projek aeroangkasa dengan pelaburan berjumlah RM1.6 bilion telah diluluskan, yang mana RM889.4 juta terdiri daripada pelaburan asing.

Projek-projek tersebut dijangka menjana sebanyak 1,766 peluang pekerjaan.

Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mengambil bahagian dalam rangkaian pembekalan aeroangkasa global, satu program pembangunan PKS yang berstruktur telah dilancarkan di bawah Program Transformasi Ekonomi Projek Permulaan Perkhidmatan Perniagaan (EPP) 8.

Pada 2016, sebanyak sepuluh PKS telah dipilih bagi menyertai program itu dan 10 lagi telah dipilih pada tahun ini.

Mustapa berkata, satu set indikator petunjuk prestasi utama yang baharu perlu dicapai untuk EPP8 tahun ini iaitu jualan terkumpul sebanyak RM24.6 juta bagi 20 PKS dan 500 permohonan sebutharga untuk 10 PKS yang baharu pada tahun 2017. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mustapa Keluar UMNO Warnai Politik Kelantan

29/12/2018
0

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih 40 tahun bersama parti itu adalah antara...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

16/11/2018
0

JELI - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd