• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Bandaraya Shah Alam Lancar Bas Elektrik Pertama

oleh Ahmad Albab
05/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini melancarkan dua unit bas elektrik bagi merealisasikan matlamat bandar raya rendah karbon menjelang 2030.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, perkhidmatan bas percuma itu menggantikan dua unit bas diesel sedia ada yang disediakan untuk kegunaan orang awam yang menghubungkan Seksyen 19 dan 7 melalui pusat bandar di Seksyen 2, 3, 6 dan 7.

Beliau berkata, MBSA mengambil inisiatif untuk menggunakan bas elektrik berdasarkan permintaan yang tinggi dan kadar bilangan penumpang yang semakin meningkat iaitu sekitar 100,000 penumpang sebulan.

“Tujuan perkhidmatan bas percuma yang mesra alam ini diperkenal sebagai salah satu inisiatif hijau pihak MBSA yang mensasarkan pengurangan karbon sebanyak 45 peratus iaitu sebanyak 31,914.54 tan,” katanya kepada pemberita selepas menaiki bas elektrik itu mengelilingi pusat bandar raya Shah Alam.

Bas itu boleh memuatkan 67 penumpang termasuk Orang Kelainan upaya (OKU) dan dilengkapi panel LED, sistem kamera litar tertutup dan Wifi.

Ahmad Zaharin berkata MBSA juga merancang menambah lebih banyak lagi bas elektrik pada masa hadapan.

Perkhidmatan bas itu beroperasi setiap hari dari Isnin hingga Ahad bermula 6 pagi sehingga 10 malam. – BERNAMA

Tags: MBSA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

23/05/2025
0

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam...

MBSA Nafi Datuk Bandar Ditahan SPRM

MBSA Nafi Datuk Bandar Ditahan SPRM

30/09/2022
0

SHAH ALAM : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor ditahan oleh Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd