• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahasiswa Digesa Pergiatkan Aktiviti Komuniti ASEAN

oleh Ahmad Albab
30/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDUNG – Golongan mahasiswa digesa untuk mempergiatkan aktiviti yang melibatkan rakan-rakan negara ASEAN sebagai satu kesinambungan gagasan komuniti ASEAN yang diilhamkan oleh Malaysia.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, mempergiatkan aktiviti komuniti ASEAN adalah sesuatu yang dilakukan secara berterusan kerana ia melibatkan aktiviti “people to people” di kalangan negara-negara anggota ASEAN.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempelopori gagasan komuniti ASEAN dan adalah tanggungjawab kita semua terutamanya golongan mahasiswa Malaysia yang menuntut di Indonesia supaya mempergiatkan aktiviti yang melibatkan semua pelajar dari negara-negara anggota,” katanya ketika menutup Festival ASEAN Bandung ASEAN 2017 anjuran Kelab Umno Indonesia dengan kerjasama Biro Pelajar Luar Negara Umno di Universitas Pendidikan Bandung di sini malam tadi.

Beliau berkata, Kelab Umno Indonesia telah memulakan langkah yang membanggakan dengan penganjuran Bandung ASEAN Festival 2017 yang disertai oleh para pelajar dari tiga buah negara anggota ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Katanya, bagaimanapun mulai tahun hadapan, acara aktiviti sosial dan sukan itu harus diperluaskan dengan menarik penyertaan peserta dari negara-negara anggota ASEAN yang lain.

Katanya, kerajaan akan menyokong aktiviti seumpama itu kerana ia menepati wawasan negara untuk menjadikan ASEAN sebuah wilayah sosio-ekonomi yang kukuh, lestari dan aman.

Beliau berkata, ASEAN adalah blok ekonomi ketiga terbesar di dunia dan ia adalah rantau yang termakmur di dunia dan golongan mahasiswa adalah wakil kepada generasi muda yang dapat melaksanakan aktiviti dan merealisasikan gagasan Komuniti ASEAN.

Lebih 1,000 mahasiswa dari Malaysia, Indonesia dan Thailand menyertai pelbagai acara sukan yang berlangsung selama dua hari di kampus universiti berkenaan.

Turut hadir ialah Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Masih Pilihan Rakyat Di Kepala Batas

11/04/2018
0

KEPALA BATAS - UMNO Pulau Pinang yakin Barisan Nasional (BN) dapat mengekalkan kerusi Parlimen Kepala Batas dalam pilihan raya umum...

Tiada Pihak Ketiga Pengaruhi Perbicaraan Kes Jong-nam

05/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga mempengaruhi perjalanan perbicaraan kes pembunuhan berprofil tinggi warga Korea Utara, Kim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd