Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Akhbar Nanyang Siang Pau menyiarkan karikatur bagi menghina Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) kerana kejahilan penerbit akhbar itu memahami batasan sensitiviti agama.

Justeru, Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang yang digambarkan sebagai monyet memakai kopiah dalam karikatur itu menyeru umat Islam terutama penyokong PAS memaafkan akhbar itu dengan harapan ia tidak berulang.

“Meletakkan agama sebagai satu urusan kehidupan yang terlalu mulia adalah kadangkala sukar dibezakan oleh kalangan tertentu.

“Saya dengan ini mengajak umat Islam yang terguris dengan penerbitan karikatur berkenaan agar dapat bersama saya untuk memaafkan pihak akhbar berkenaan dengan harapan agar ianya tidak berulang lagi di masa depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akhbar Nanyang Siang Pau sebelum ini menyiarkan karikatur berunsur penghinaan terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Abdul Hadi dengan mengambarkan mereka sebagai monyet.

Akhbar tersebut bertindak demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan pembentangan RUU 355 di Parlimen yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di Malaysia.

Pembentangan rang undang-undang itu mendapat bantahan hebat pemimpin parti sekular DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) yang membarisi Pakatan Harapan. -MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...