• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lin Dan Tempah Tiket Ke Final Terbuka Malaysia

oleh
08/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Bekas juara dunia lima kali, Lin Dan hanya selangkah lagi untuk merealisasikan impian merangkul gelaran sulung Terbuka Malaysia apabila mara ke final di sini, hari ini.

Bintang sensasi China itu mengalahkan pemain Korea Selatan, Son Wan Ho dalam rubber set pada saingan separuh akhir dan menunggu musuh tradisi Datuk Lee Chong Wei di pentas final esok.

Pada pertembungan sengit di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, di sini, Lin Dan, selaku pemain ranking keenam dunia, terpaksa mengharungi laluan perit apabila menang tipis 27-25 pada set pertama.

Bagaimanapun, Lin Dan gagal pada set kedua dengan keputusan 19-21 sebelum bangkit semula dengan aksi menarik untuk mengesahkan tempat ke final dengan 21-16 pada set penentuan dalam pertarungan selama 84 minit.

Kejayaan ini melebarkan kemenangan Lin Dan terhadap Wan Ho kepada 10 perlawanan berbanding pemain Korea itu yang hanya menang dua kali dalam 12 pertemuan mereka.

Lin Dan berkata beliau bersyukur kesakitan bahagian belakang yang dialami sejak semalam tidak menjejaskan persembahannya.

Mengenai kemungkinan menentang Chong Wei pada final, beliau berkata sokongan kuat peminatnya di sini dan melihat musuhnya (Chong Wei) masih beraksi di peringkat tertinggi telah menyuntik semangat untuk memburu gelaran sulungnya di sini.

Chong Wei, yang memburu ke-12 di sini, dijangka tidak menghadapi masalah untuk layak ke final apabila menentang pemain Hong Kong, Vincent Wong Wi Ki pada satu aksi separuh akhir lewat hari ini.

Dalam acara separuh akhir beregu campuran, gandingan China, Lu Kai-Huang Yaqiong melakarkan kejutan untuk melangkah ke pentas final apabila menyingkirkan juara bertahan, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia.

Berada pada ranking keempat dunia, Lu Kai-Huang Yaqiong hanya mengambil masa 37 minit untuk menyingkirkan pasangan Indonesia itu dengan keputusan straight set 21-8, 21-16.

Ketika ditemui pemberita, Lu Kai berkata kejayaan tersebut didorong semangat kuat untuk menumpaskan pasangan ranking ketiga dunia itu buat pertama kali dalam enam pertemuan sebelum ini.

Pada final, Lu Kai-Huang Yaqiong akan menentang gandingan senegara, Zheng Siwei-Chen Qingche, yang juga gandingan ranking pertama dunia.

Zheng Siwei-Chen Qingche sebelum ini mengesahkan tiket ke final apabila hanya memerlukan masa 38 minit untuk mengalahkan gandingan senegara, Zhang Han-Li Yinhui 21-19, 21-14. – BERNAMA

Tags: badmintonLin Dan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd