• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki OKU Ditemukan Mati Di Ladang Kelapa Sawit

oleh AK-47
10/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Mayat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan di ladang kelapa sawit berdekatan Taman Desa Aman di sini petang tadi.

Mayat P. Kesevan, 41, dijumpai dalam keadaan terbaring dan mempunyai kesan tikaman di bahagian belakang, oleh seorang pekerja ladang yang kebetulan mahu ke sebuah tokong yang terdapat di ladang itu, kira-kira 4 petang.

Menurut abang mangsa, P. Prabagaran, 43, kali terakhir mereka berhubung adalah kira-kira 8 malam semalam.

“Sebelum itu, dia ada menelefon isterinya untuk bertanya mengenai ibu kami yang berada di hospital. Apabila selesai urusan keluar wad ibu kami, isterinya cuba menelefonnya kembali pada 11 malam tetapi tiada jawapan.

“Pagi tadi, kami cuba mencarinya kerana dia tidak pulang ke rumah. Kami mencarinya di tempat yang selalu dikunjunginya iaitu kedai makan dan kawasan sekitar taman,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Prabagaran berkata, keluarganya hanya mengetahui nasib malang adiknya itu selepas diberitahu orang ramai yang mengatakan ada mayat dijumpai di ladang tersebut.

“Bila ayah saya sampai (di ladang itu), dia dapat mengecam mayat itu adalah adik saya. Kami langsung tidak menyangka dia akan dijumpai di kawasan tersebut memandangkan kawasan itu tidak pernah dikunjunginya.

“Lebih membingungkan tongkat dan payung yang selalu dibawanya turut tiada bersamanya,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa P. Pacayappan, 60, berkata anaknya yang tidak mampu bercakap selepas terlibat dalam kemalangan ketika bekerja beberapa tahun dahulu yang memberi kesan pada tekak dan lehernya, tidak mempunyai musuh.

“Selama ini dia tiada musuh lagi pun dia ini lemah dan tidak mampu berjalan dengan betul…hanya menggunakan tongkat,” katanya. – BERNAMA

Tags: OKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd