Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

Persempadanan: Semua Parti Boleh...

NEW YORK - Parti-parti komponen Barisan Nasional dan pembangkang mempunyai peluang secukupnya untuk...

2 Lelaki Ditahan Menyamun,...

PETALING JAYA - Dua lelaki ditahan selepas menyamun sepasang suami isteri warga Indonesia...

Kesemua 1,754 Pusat Pengundian...

KUCHING - Kesemua 1,754 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11)...

Bapa Adib Mohon Pendirian...

BAPA anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengemukakan representasi kepada Peguam Negara,...

Lelaki Lemas Kereta Dipandu Terjunam Ke Dalam Parit

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut manakala isteri serta dua anaknya cedera apabila kereta Perodua Kenari dinaiki mereka terjunam ke dalam parit besar di Jalan Bestari 8/3, Taman Bestari Indah, Ulu Tiram, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt. Jokhiri Abd. Aziz berkata kemalangan berlaku kira-kira 1 pagi tadi ketika keluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jalan Bestari 17/3, taman perumahan yang sama.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Syamsuddin Ab. Samad, 40, gagal mengawal kenderaan yang dipandunya apabila tiba di selekoh Jalan Bestari 8/3, lalu terbabas ke kiri jalan.

“Mangsa kemudian melanggar pagar dan terjunam ke dalam parit besar dalam kedudukan keempat-empat tayar ke atas,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Jokhiri berkata sepasukan bomba dari Balai Johor Jaya yang tiba di tempat kejadian berjaya mengeluarkan isteri Syamsuddin iaitu Arbayah Jais, 30, serta dua anak mereka, Muhammad Haikal, 12, dan Noraisyah Dania, 9, daripada kereta berkenaan.

Beliau berkata usaha membawa keluar Syamsuddin pula mengalami sedikit kesukaran kerana kedudukannya yang tersepit dan air parit memenuhi ruang kenderaan.


Katanya Syamsuddin yang merupakan pekerja kilang kemudian berjaya dikeluarkan daripada kenderaan tersebut, namun, disahkan meninggal dunia akibat lemas.

“Arbayah yang merupakan suri rumah dan duduk di kerusi penumpang hadapan mengalami kecederaan di bahagian pinggang manakala Muhammad Haikal dan Noraisyah Dania yang berada di tempat duduk belakang masing-masing mengalami luka di dahi dan dagu,” katanya.

Menurut Jokhiri, kemalangan terbabit kini sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori