Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

Aktor Wajib Pakai Kondom,...

LOS ANGELES – Tindakan Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan undang-undang California yang...

Letupan Di Pub Bukan...

SERDANG - Pihak polis mengesahkan bahawa insiden letupan di sebuah pub di IOI...

Jentera Pentadbiran Negara Tak...

PUTRAJAYA - Jentera pentadbiran negara tidak terkesan dengan pengisytiharan Proklamasi Darurat kerana segala...

Penuntut Gila Nak Mewah...

SUBANG JAYA - Jual dadah ganja untuk tampung hidup mewah. Itu dilakukan penuntut...

Lelaki Ditahan Memandu Dalam Keadaan Berbogel

SEORANG pengurus syarikat produksi yang bekerja dengan BBC dan Sky Sports ditahan polis kerana memandu dalam keadaan berbogel.

Steven Barclay, 38, dari London dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan beliau keluar dari keretanya tanpa berpakaian untuk membuang air kecil di kawasan perindustrian.

Menurut The Sun, dua wanita melalui kawasan tersebut ketika itu tetapi tidak menyedari kehadiran Barclay.

Barclay kemudiannya kembali ke kereta dan meneruskan perjalanan.

Polis menjejaki nombor pendaftaran kereta sebelum menahannya.

Peguam Barclay berkata, anak guamnya memutuskan untuk berbogel semasa memandu kerana mahu merasakan udara sejuk pada kulitnya.

Pendakwa, Caroline Mungal memberitahu Mahkamah Majistret Wimbledon: “Kamera menunjukkan sebuah kereta Alfa Romeo dan defendan keluar dari kereta dalam keadaan berbogel.

Barclay mendakwa beliau dalam keadaan tertekan dan mengalami ‘klaustrofobia’ ketika kejadian.

Majistret kemudian mengenakan pelepasan bersyarat dan penalti £105 (RM591.85) kerana mencabul kesopanan awam. – Mail Online

Kategori