Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Teng Sahkan Letak Jawatan...

GEORGE TOWN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow hari...

Yuna Rakam Lagu Dengan...

PENYANYI dan penulis lagu, Yunaliz Zarai mengorak setapak lagi langkah dalam kerjaya seninya...

Hospital Melaka Perlu 500...

MELAKA - Hospital Melaka memerlukan purata 500 hingga 600 unit beg darah seminggu...

Anggota URB Patah Kaki,...

KEPALA BATAS - Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) patah kaki dan...

Lebih Banyak Rumawip Akan Ditawarkan

PUTRAJAYA – Lebih banyak projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) akan ditawarkan kepada rakyat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata sehingga Mac tahun ini sebanyak empat projek Rumawip telah dilancarkan dan projek Residensi Rimbunan yang dilancarkannya hari ini merupakan projek kelima.

“Kerja-kerja pembangunan telahpun bermula dan dijangka siap pada tahun 2020 nanti,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran dan cabutan undi Rumawip Residensi Rimbunan Bandar Baru Sri Petaling di Kementerian Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Tengku Adnan berkata kira-kira 70 peratus atau 55,609 unit Rumawip telah dicapai daripada sasaran keseluruhan pembinaan iaitu 80,000 unit menjelang 2020.

Indikator yang diguna pakai dalam sasaran itu mengambil kira projek di bawah kategori ‘Siap’, ‘Dalam Pembinaan’ dan ‘Kelulusan Perintah Pembangunan atau Development Order,” katanya.

“Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya sentiasa berusaha memastikan projek-projek di peringkat ‘Kelulusan Perintah Pembangunan’ dapat dipercepatkan ke peringkat pembinaan supaya ia dapat ditawarkan kepada rakyat secepat mungkin,” katanya.


Rumawip memberi peluang kepada penduduk Wilayah Persekutuan memiliki rumah sendiri dengan harga lebih murah daripada pasaran semasa melalui kerjasama dengan pihak swasta.

Tengku Adnan berkata Kementerian Wilayah Persekutuan juga merancang melancarkan ‘council homes’ bagi memberi peluang kepada pasangan muda menyewa sehingga tempoh lima tahun sementara mereka mendapatkan kediaman sendiri.

Satu lagi kediaman yang bakal dilancarkan ialah rumah sewa untuk golongan bujang yang bekerja dalam industri perkhidmatan iaitu tempat tinggal seluas 650 kaki persegi dengan kadar sewa RM80 sebulan di kawasan sekitar stesen-stesen pengangkutan awam, katanya. – BERNAMA

Kategori